Monday, December 31, 2012

horas Medan II !

rentetan kebusyan baru balik Putrajaya teros masuk USM, dengan tidur tak cukup teros pegi kelas pagi semalam. so bersempena dengan hujan lebat harini, aktiviti dipenuhi dengan tidur! haha. dengan bilik yang dah macam gua sebab malas bukak lampu, dengan tahap kelaparan yang memuncak,mampu minum air kotak je sebab malas nak keluar. haih.. tak produktif langsung. 

so nak sambung cerita haritu, lepas je kami sampai ke Bandar Medan, mestilah kami kena isi perut dulu sebab tak sempat lunch lagi dekat Malaysia..kekeke. Ramli tu kata perjalanan lepas ni akan ambik masa lebih kurang 5 jam untuk ke Lake Toba, gosh! mahu berpinar bijik mata kalau tak makan, ingat dapat teros masuk hotel aih! pastu sampai lah ke restoran ayam pop. yang NMH pikir mesti ayam die macam popcorn chicken kfc tu, tapi ghopenye ayam pop tu ayam goreng berempah, adik beradik ayam penyet gittew. banyak lauk yang ade tapi sebab gelojoh lapar, tak sempat nak snap gambar lauk2. hehe. tetibe terus jumpa benda pelik. kat sana takde sinki nak basuh tangan tapi diorang letak air basuh tangan dalam mangkuk kecik setiap orang, then celup tangan dalam tu jah! hmm rasa tak bersih aih kalau makan benda berminyak.huhu

abaikan muka yang penat.. -.-'
kat luar kedai tu dah start ada yang jual2 souvenir cam t-shirt medan, keychain segala bagai maybe sebab dorang dah tahu memang tourist akan datang makan kat situ kan.  pandi mereka! yang agak tak leh blah siap ada yang datang cakap kelantan dengan kitorang, katanya dulu duduk kat kelate.. haih memang peka betul dorang ni dengan persekitaran.haha. 

then bermulalah perjalanan yang lebih kurang 5 jam, sebenarnya bukan sebab jarak tempat tu terlalu jauh tapi sebenarnya faktor jalan raya dorang yang memang sempit, just ada satu laluan, bukan highway cam kita, pastu pulak kereta punyalah banyak, bayangkan perjalanan tu tak pernah smooth takde kereta. tapi dorang ni memang cekap lagi mahir driving aih, sempat lagi memotong padahal kereta datang dari depan tak pernah surut tapi accident takde pon! kagum betol. sepanjang perjalanan tuh ada la tengok bentuk rumah dorang ni yang nampak kecik je, berpikir jugak muat ke dorang ni nak duduk ramai2. pemandangan kat sana lebih kurang sini je cuma ada la benda2 baru yang kita tak penah nampak kat sini ada kat sana. 

actually nak singgah dekat satu tempat ni nama die tengteng, tempat jual2 makanan ringan macam kacang tumbuk bagai, sekali sebab dah malam and hari ahad kedai tu dah tutup. takpelah tak rezeki kan. sekali sampai satu kampung ni, hujan start lebat, pastu air mula naik. ingatkan dapat sampai awal la jugak ke hotel tapi terstuck pulak dalam banjir kilat kat Medan. 

akhirnya dalam pukul 9 malam sampai ke Parapat, kampung area Lake Toba. kat sini memang terkenal dengan orang2 batak sebab majoriti orang batak yang tinggal kat sini. bila dengar orang batak teringat kisah dulu2 kan.hehe. so sampai2 je terus kene sumbat dengan dinner dulu sebelum check in hotel. disebabkan hujan malam tu memang bedal je makanan yang ada sebab lapar..hehe. so esoknya kami akan ke pulau2 yang ada dekat Lake Toba! hee nanti sambung lagi, lapar sudah!

cerita yang sebelum ni : horas medan I

Thursday, December 27, 2012

horas medan I !

disebabkan kelapangan masa yang banyak -kononnya-, rasa macam nak share pengalaman travel kat medan bulan september harituh wif famili. banyak yang NMH nampak benda2 baru kat sana!

actually awal2 NMH taknak ikut, parents je yang pegi, tapi disebabkan curious yang melampau pasal Medan, datang kerajinan dalam diri NMH pegi gugel menggugel pasal Medan, banyak response yang dapat dan kebanyakannya kata Medan ni scary, penjual main paksa memaksa, marah bagai lastly tahu Danau Toba tu kat Medan! punyalah lampi dalam geografi NMH selalu dengar pasal Danau Toba tapi tak tahu location kat mana dekat Indonesia tuh. teros paksa abang NMH bookkan tiket sebab nak ikut jugak! tiket tu sesorang cumanya flite same tapi dapat hot seat! hot seat kau duduk kat seat paling depan. nak tidoq sambil korek hidung pon tak boleh sebab ade abam2 steward enthem dengan ahkak2 stewardess yang syanteq melilau kat depan tu haaa. akak siap pesan suruh kenyit mata dekat pilot sebab dapat hot seat, tapi NMH tengok dah title bapak orang, cancel plan! keke.-kidding-

so on 9 september pukul 1.40 tengah hari kami2 bertolak dari lcct ke airport polonia, medan. takes about 1 hour cenggitu. kalau ikutkan duduk tak sempat panas bontot pon. disebabkan hot seat NMH sesekoq dok kat depan tu, NMH just mampu melilau tengok depan, kiri dan kanan. dok balas2 senyum dengan sorang passenger tu, student kot nampak muda lagi cantek yang pasti perempuan lah kan. belek2 menu yang ada, tapi memang tak menepati citarasa.

selepas dilanda kebosanan taktahu nak buat ape, sampailah ke destinasi yang dituju! hihu tapi airport kat sana takla macam airport kite gittew. siap operasi mengecop semua keluar je dekat pintu airport tuh teros nampak ada orang pegang paper nama Mr. Hashim, nama ayah NMH lattew. actually orang tu driver yang akan bawak kami ke Danau Toba. nama dia Ramli dan disebabkan kami satu famili je yang sampai time tu so dapatla kami ke Danau Toba dengan innova! then nanti lah sambung nak makan dulu.hihii


ni bukan hotel kami tinggal, sesaje ambik gamba. lol

airport medan. ihsan gugel sebab gambar yang ada hanya kami bersama flite.haha








Tuesday, December 25, 2012

yummilicious kek!

2012 dah nak habis lah! makanya umur dah makin bertambah lepas ni.huhu tapi still tak rasa tua hokey, sebenarnya selalu je rasa nak hapdate pasal celebrate besday2 kengkawan tapi selalu ade je benda pape, takpon kadang2 terlupa. hehe . -alasan-

actually NMH suka sangat selalu usha2 online cakes cupcakes yang boleh order online. agak pening kepala nak cari sebab area kelantan tak banyak sangat benda2 cenggini.. NMH memang mengidam gile nak rasa macaroon sampai harini tak mampu nak tahu rasa macaroon tu camane, sadis tahu!, tapi hasil dari googling banyak jugak NMH jumpa tapi setakat ni baru 2 kedai yang NMH berani nak order online. satu cupcake dan satu kek chocolate yang memang best!

cupcake ni NMH order for besday one of my bff, yang paling teruja sebab serius teringin sangat nak tengok cupcake fondant bentuk2 barang medic! so takkanlah NMH nak beli tuk diri sendiri kan? haha luckily besday bff, so get this opportunity nak tengok, nak sentuh, nak makan cupcake fondant yang bentuk barang2 medic! ni NMH order dari amsyarbarker, alah yang sekarang ni tengah hot selling durian crepe dekat tesco tu. penah jugak tunggu dekat nirwana kubang kerian, tapi tak bernasib baik nak rasa durian crepe amsyarbarker lagi. memang sedap tak terkata. 




and this yang latest for besday bff jugak from farradelight. memang superb punya chocolate devil aih! macam lava je. sape2 craving for chocolate memang tak menyesal. thumbs up! even ibu jari kaki nak up jugak. keke



tryla usha2 dekat page2 dorang tu! banyak lagi yang best2..=)






banjir oh banjir!

memang bulan 12 musim tengkujuh area pantai timur, so memang tak pelik kalau banjir kan? kalau tak banjir baru boleh rasa pelik seribu persoalan. area Besut ni ade certain2 kampung je yang akan banjir yakni memang tempat2 yang selalu banjir. area rumah NMH ni takdelah banjir terok ngat setakat air hujan tak tahu nak pegi mana sebab takde sistem perparitan yang gempak! hehe

semalam punyalah ayah NMH rajin nak gerak ke KB hujan2 pun sebab ade keje. ayah NMH memang suka lalu ikut jalan kampung, yang belah bachok, bukit marak, bekelam etc etc.. jalan tempoyak pon ade tau! awal2 boleh lagi nak seberang air banjir sekali makin pegi jauh makin dalam air. akhirnya terpaksa ikut jalan lain. punyalah ekstrem nak pegi kb je pon! 

bila balik memang takkan lalu dah jalan kampung. lalu ikut yang bandar pasir puteh. sekali dalam bandar pon dah naik air. dan actually tu benda biasa every year, sebab air hujan tak tahu nak pegi mane aih. bila masuk besut nampak suci murni je takde banjir pape pon. sekali hari ni orang bising2 cakap banjir terok dah kat besut. hmm padanlah hari ni dah tak hujan.. sebab dah naik air..kekeke. nak ambik gambar banjir pon dah tak mampu, bb buat hal! takde mood nak baiki sebab kedai tu mintak mahal.haha. ok selamat menghadapi banjir!

Sunday, December 9, 2012

program 'Health For Malaysia' (HFM)

ini antara perkara2 yang tertunda yang tak dapat NMH nak post, dan disebabkan schedule dis week is CFCS week (lecture untuk masuk kampung, kira buat community service la) , makanya sedikit heaven bagi kami2 sebabnya kan tiada lagi clinical teaching serta PBL yang mencengkam jiwa dalam masa 3 minggu. kalau ada teaching dengan PBL then bawak kepala yang kosong mahunya ketar lutut tak pepasal depan patient. kekeke..

alrite, berbalik pada program ni sebenarnya under Kementerian Pengajian Tinggi tapi melalui UKM and collaboration wif USM, maka berlakulah kejadian 9 dan 10 november 2012 lepas di RTC Kota Bharu. program tu ade pemeriksaan kesihatan, ada pameran, ade check gigi, ade macam2 lagi, even special for sakit puan and tuan pon ade, pap smear sume, and yang paling dikehendaki semua tuh FREE! ekau mampu? hehe. 



sila abaikan sekiranya ada kesalahan ejaan.. =)

yang lagi syok pasal program ni, sume poster2 memang disediakan and bajet untuk pape memang tak perlu nak risau macam kami buat CONVEX (convocation exhibition) dekat USM Penang, pastu kan, pastu kan siap dapat 2 baju free lagi tau! haha -menunjuk-.

 kami2 student USM around 170 and UKM 120 bekerjasama dekat semua booth tu, yang paling suka part tugas NMH, hehe jaga pendaftaran selama 2 hari tuh, punyalah penat bercakap dari pagi sampai petang. tapi dari pagi sampai petang dapat duduk di kerusi! rasa macam relax semacam tugas tuh, haha tapi ni serius tak tipu, i enjoy dat program  much! eheh -muka gatai-

gambar2 booth NMH tak mampu nak snap sebab nak berjalan pon payah bila jaga registration. benda yang NMH rasa macam membongak sikit time registration bila mintak ic orang ramai tapi still nak tanya umur orang tu berapa. memang tebal 5 inci muka bila nak tanya,  takpon bila konon rajin nak mencongak tapi tersalah teka, how bad my math nowadays! tapi bukan NMH je ghopenye, bila dah perasan kelemahan masing2 dalam maths -sebab dah lame tinggal maths,haha- mula lah bisik2 suruh orang sebelah kirakan umur, taknak jatuhkan air muka sendiri.. kekeke. yang ni je mampu buat kenangan. =)


hari first baju putih! ^ ^






usm+ukm



: : CFCS nanti katanya masuk kampung area ketereh..nasib dekat je. hehe





Thursday, December 6, 2012

fenomena durian crepe

disebabkan durian yang melambak2 nampak di merata tempat especially pasar malam, even dekat fb pulak banyak yang mengepost durian crepe, membuak buak perasaan ingin tahu rasa durian crepe tuh. ade pendapat kawan2 yang cakap tak sedap, tak kena dengan selera diorang kot, tapi NMH jenis tak boleh telan kalau tempoyak, tapi crepe tu bukan tempoyak kan.hehe 

disebabkan craving yang melampau dan tak tahu nak cari kat mana, nak buat apatah lagi kan.. tetiba nampak sinar yang penuh gemilang bila ade student USM yang tolong jualkan durian crepe tuh, and luckily one of my bff tempahkan! semalam dapat merasa dengan penuh nikmat, from my view, durian crepe sedap! macam aiskrim mungkin sebab whipping cream tuh, nak2 kalau makan time benda tuh sejuk, walawei sedap! 



mood menunggu parents datang amek.. nak makan pulut durian balik ni..kekeke

habuk yang perlu disapu

lame gile tak update pape dalam blog ni rasanya. terbengkalai cenggitu je. nak blogwalking pon tak mampu akibat kekangan masa (ayat cliche) heheh, tapi betollah! makin naik umur, makin naik tahun studi, makin makinnn makinnggg kebusyan pulaks, kalau ada masa luang mau nak tengok running man takpon terbongkang kat katil. haih.. tapi bila mood rajin yang tak dapat dibendung mahupun dibedung tu datang, karang blogspot pon terpaksa limit post NMH punya blog.. kekeke 

bulan ni ramai kawan2 yang hapdate gamba memasing konvo.. huaaa menjerit kuat2 dalam hati kerana kejelesan tahap melampau dengan gamba2 bersama jejubah memasing dan topi empat segi tuh. jejubah lagu tu mungkin time emaresem dulu penah la jugak sauk 2 3 kali, tapi topi tuh tak penah dapat lambung tetinggi lagi. sadis ni tahu. hehe btw, a warm wishes from me congratulations on your success everibadi! bestnya dah tak steress dengan exam tapi bakalan sterres dengan kerja.. ha ha ha -evil laugh definitely =p-


ehsan dari encik google yang budiman


definition: sauk- pakai (kelantan+ besut) keke.



Wednesday, December 5, 2012

oh! istana!

rasa pelik lame tak menaip sampai rasa tak tau nak tulis ape.....blur mood..... sterress! haih nak mulakan ayat pon dah tak tau nak cakap ape, nevermind, lets start with pada suatu hari iaitu hari kamis lepas bersamaan 29 nov, kami2 decide nak pegi tengok pameran MAIK yang dekat istana Kubang Kerian tu, setelah lame menghitung hari last2 on da spot je nak pegi kamis tuh, sumbat punya sumbat myvi tersebut dengan 7 orang, sampai je dalam istana pakcik RELA tu siap tegor, ramainya! mana taknya stop je kereta kami yang seat belakang mula keluar macam semut! dari UITM lagi memang suka menyumbat kereta myvi dengan penuhnya sampai duduk kat bonggol tengah seat belakang tu, cumanya perbezaan orang je.. hmm how i mis UITM time.. but yet USM pon i got many ohsem friend! not a big deal then. 

ini nak bercerita pasal keterujaan yang melampau sebab dapat masuk istana raja Kelantan, selama 21 tahun lah kot just dapat tengok dari luar je, sekali bila dapat masuk dalam terpegun yang amat pulak (hiperbola).


rumput yang hijau

but yes serius dalam istana tu nampak luas semacam sebab banyak padang rumput yang hijau, then kemas tersusun teratur dan sebagainya. semua tempat kalau boleh nak ambik gamba punyalah kemaruk tahap cipan sebab susah dah nak masuk nanti.. so, perlu memanfaatkan peluang yang bergolek sekali sekala. tapak pameran dekat istana tu ada 2 bahagian, 1 bahagian untuk cenderahati macam tulisan khat, keychain then lagi satu bahagian dalam bangunan istana tu replika2 macam rumah Rasulullah s.a.w, replika pedang, dan macam2 lagi. thumbs up dengan pameran2 tu! tapi dalam bangunan istana tu tak dapat nak tangkap gambar pon, kat luar je mampu. 

bersiar2 bersama dayang2..eyh!

keterujaan yang tak dapat dibendung =p

kalau lepas berjalan tak makan tak sah rasanya! nasib baik ada tempat jual- jual kat area belakang pameran tu, banyaklah jugak gerai tapi yang paling tertarik dengan pulut mangga sorang auntie ni! sekarang ni menulis pulut mangga pon dah kecur air liur! rasa cam nak pegi lagi semata nak beli pulut mangga tuh..kekeke.. then bau mihun celup menusuk rongga hidung yang memang sensitif dengan bau makanan sedap, mihun celup tu siap ade chicken ball 3 bijik mak aih! bila lagi nak makan dalam istana kan? hehe. dah cancel plan konon2 nak makan kat secret recipe, so kami pulun makan pulut mangga dengan mihun celup tuh. *muka teruja sambil melompat2*. dan ini ABC yang ohsem



esok dah nak habes pameran tu, pegi cepat2 sape yang tak pi lagi! ehe.. dan esok nak balik rumah! yeaaa



ni adiah besday dari istana! keke





Sunday, November 11, 2012

101112

lagi berapa minit nak masuk tarikh lain. haha, nak jugak post pasal hari ni! hihii.. ramai orang pilih tarikh kawen hari ni kan? but today is my besday! nothing more just like before.. just as usual besday cuma i have comels bff yang buat kek tuk titewww! auuww.haha i appreciate it so much darl! even for all the wishes, i sincerely appreciate them okeh! actually, i got 2 wishes for my besday actually, tapi mimpi sajalah dengan wish2 tu. hahaha. arini actually the end of HFM - health for malaysia yang buat dekat RTC.. then sekarang dah balik rumah! btw, nah antara memori hari ni!





kek, cookies from bff


my first besday gift

2nd besday gift!

Thursday, November 1, 2012

epic day

       hari ni hari kamis and yes hari yang paling NMH tunggu, sebab esok luse takdek kelas!  yeehaa! tapi bukan nak cerita pasal cuti cuma nak cakap arini penuh epic. start dari pagi lagi dah bermasalah dengan semangat berkobar nak pergi kelas tapi tersalah bangun lambat pulak -akibat tidur lepas solat subuh- tapi at least terbangun sebelum kelas PBL. punyalah rushing pergi fotostat material bagai, jalan macam tak cukup tanah, sampai dekat bilik tutorial ngam2 ontime. dengan tak pandang orang kiri kanan.. menonong je sebab takut lambat masuk PBL session..tup2 dari belakang dengar ada yang panggil nama NMH, teros je pandang si pemanggil. no wonder sebenarnya sesak sangat kat pintu masuk bilik tutorial, semua macam hilang arah bila bilik tutorial fully booked by postgraduate students! haiyo.. penat mak tau berjalan cam lipas kudung sekali tak start lagi.ohoi! lastly, PBLmate gitau postponed ke ahad ni 830 pagi. time tu tak mampu nak cakap ape.. punya rushing dalam masa 30min bersiap semua, lastly kelas cancel. ok.. membazir baju kurung sepasang!haha

        dengan cuaca yang sangat nyaman untuk tidur bila sampai ke bilik, tetibe kawan NMH call cakap nak mintak tolong tunjukkan jalan nak ke Sinar Harian punya pejabat.. katanya NMH gps bergerak..hamboi! sikit2 tu taulah kalau lebih2 rasanya mahu makan buah langsat free. kalau jalan yang selalu ayah NMH guna memang dapatlah bagitau, kalau tak penah lalu memang tak mampu nak nolong aih. so bersiap ala kadar untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

        sampai kat kawasan perindustrian PC, memang smooth je dapat jumpa pejabat Sinar Harian.. then settle satu masalah. alang2 dah kat kawasan tu diorang terus nak cari kilang nestle dengan gardenia, nak mintak sponsorship untuk program diorang nanti. pusing punya pusing tanya punya tanya pak guard kat situ, tak jumpa kilang nestle kat mana. maybe takde rezeki hari ni dengan nestle kot. 

        then dengan susah payah nak cari pejabat gardenia pulak. perut dah mula keluar banyak gastric juice dah sebab NMH tak makan pape lagi. pejabat tu kat Taman Bendahara, ghopenye dekat pantai timur hypermarket. dekat dengan MRSM PC la gamaknya.. rindunya. punyalah best kat situ dulu ade seketul pantai timur tu je, sekatang siap MCD gedabak besar oih! kedai2 pon best ja kalau nak banding dekat Kubang Kerian, tetiba jeles much dengan bebudak UMK..haih, takpala.. lagi banyak duit habes kalau banyak kedai kan..hihii.. 

        berpusing ligat jugak carik signboard gardenia.. takde pon cuma kami jumpa sangaaattt banyak lori gardenia.. so try tanya orang2 dekat area tu, ghopenye pejabat gardenia kat tingkat atas and memang takde signboard.. macam taknak bagi orang tau je.. bila naik tu memang cuak kot, kami bertiga pompuan, kat dalam pejabat tu 5 laki dengan satu meja besar and kerusi. ape ke pelik pejabat macam tempat pinjaman along dalam drama. HA HA. NMH dengan selamba dok menahan badan dekat pintu taknak kasi tertutup. haha lol! sekali pakcik gardenia tu cakap masuk jelah bukan sorang dengan sorang.haha terkena! malu tak terhingga. serius macam nak pinjam wang dengan along je time mintak sponsorship dari dorang. 

       so, dua masalah settle, akibat kelaparan.. kitorang pon decide lahap MCD jela, ala2 dok overc sikit, design MCD pon cantik tak macam dok kat Kelate.miahaha.. tapi yang epic kawan NMH ada seringgit je dalam purse beliau. so nak kena cucuk duit dulu before makan. dengan confident nak gi cucuk duit dekat ar rahnu katanya. kami 2 orang lagi mengiyakan je tanpa sebarang bantahan. dari seberang jalan die kate tutup! haip takke pelik bank tutup? takpelah ade BSN kat hujung sana.. pastu pergi melahap kat MCD, tengok balik dekat ar rahnu dah terpampang tulis tempat gadaian! haha no wonder tutup..aduyai. bila dah kenyang baru nampak semua depan mata, 

sila lihat dengan berhemah tulisan kat bawah


     sekali dah pukul 330 petang tapi tak solat lagi, nasib baik ada surau kat depan tu. cepat2 kawan NMH park kereta, kunci pintu bagai, tapi baru perasan kunci kereta tak bawak keluar! homai.. tetiba speechless.. tak balik USM karang haa.. kebetulan kitorang parking depan kedai ukir cincin dengan rantai segala bagai. owner die willing nak tolong kitorang, dalam 15 minit jugak bersusah payah nak bukak pintu. akhirnya selesai. punyalah 3-4 orang datang nak membantu. siap ada pakcik yang datang.. ingat nak tolong apa, tapi nak tolong bising. HA HA

: : panjang menaip setelah lama tak menaip. hehe


Thursday, October 25, 2012

oh raya aidiladha!

           Alhamdulillah bulan ni banyak betoi cuti. every week NMH balik ghomah.. heheh..last week sebab bola dapat cuti haa.. semalam balik rumah untuk raya haji pulak! tapi tahun ni famili NMH tak korban cumanya esok my ma nak buat nasi beriani! eheh dengan mata bersinar balik rumah dapat makan beriani banyak2. yang kelakanya ayah NMH yang tolong carikan resipi nasi beriani tu, tapi esok bakal mengalter  resipi tu sesuka hati kami. memang faveret beliau pon sebenarnya nasi beriani tapi makan dekat kedai mamak mane nak makan sampai muak kan? kalau buat kat rumah boleh makan sampai lebam.

          malam2 raya menaip belog sambil menguap, tak tahu nak buat ape sebab uzair pon belom sampai lagi. kalau dah sampai boleh jugak nak cubit budak tu puas2. ayyub pulak tak tahu balik ke tak..makanya menguap sorang2 depan lappy. 

         esok baru bermula tugas nak masak macam2..haha macam2 la sangat, NMH punya kawan nak datang tapi tak jadi sebab takde transport. makanya bahan2 NMH beli nak buat cocktail tuk dorang tu terpaksa NMH lahap sesorang lah. dah mula mengantuk yang amat lah pulak. alang2 cuti ni baik habiskan masa untuk tido! haha 


: : Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang dekat di mata jauh di hati malah yang dekat di hati dekat di mata.. maaf segala salah dan silap

Monday, October 8, 2012

pengalaman baru

petang ni baru dapat tarik nafas then hembus dengan lega.. tetiba bila masuk pre clinical ni rasa macam produktif semacam dengan kokurikulum aerobik nye setiap petang ahad dengan selasa.. pastu tetibe kena clerk patient for the first time but lepas present case harini seriusly rase lepas segala beban.

macam nightmare je first week start clerking patient teros kena turn NMH dengan pair and doktor nak 2 kes.. mau rasa nak meroyan tetibe sebab belajar pon belom habis tapi nak present dekat doktor. clerking patient ni actually about history taking and buat some physical examination macam nak diagnose patient tu sakit ape. history taking is about sebab apa patient tu pergi hospital and all the kronologi yang berkaitan dengan sakit yang dialami pesakit, while physical examination is to show prove that pesakit ni mengalami penyakit itu, penyakit ini dan sebagainya.

last week kitorang cabut undi sekali memang NMH dengan pair sangat2 bernasib baik dapat jadi first yang present case depan doktor and luckily lagi doktor kali ni sangat2 baik. hilang segala nebes selama beberapa hari..wehehe. cuma bagi NMH yang risau sikit nak approach patient dekat wad, yang tu memang kena tinggi budi bahasa kalau tak mesti patient pon tak nak bagi kerjasama kan? NMH kacau2 senior nak suruh tolong, and they willing to help us clerking the patient. yang kelaka HUSM ni memang akan ramai patient dari kampung NMH, tak pepasal terjumpa orang kenal pulak hari tu. selama kat kampung tak penah pulak nak jumpa kan. then NMH carik patient yang related dengan minggu NMH belajar, akhirnya jumpa sorang ni yang sangat2 peramah dan baik, siap berborak panjang lagi, maybe sebab NMH boleh paham dialek negeri satu kelebihan bagi NMH. mungkinlah...

lepas beberapa hari dok ulang alik ke wad. akhirnya petang tadi dah selesai tugas NMH.. pheeww lega teramat! cuma kena siapkan report je pulak. serius semalam NMH rasa hari paling produktif dengan pagi dah masuk wad, pergi kelas sampai petang pegi wad balik pastu aerobik pastu wad lagi.. memang tak sempat nak tengok bantal dengan katil pon. dan sekarang rasa macam penat teramat. mintak diri dulu!



Sunday, September 23, 2012

kad diskaun siswa!

rasa macam lame sesangat tak tekan papan kekunci lappy ni.. lappy pon dibiarkan terbengkalai dalam beg aje, sejak dua menjak ni asyik busy lepas datang lambat seminggu ke USM, teros kena campak ke USM induk, Penang sebab NMH join CONVEX which is convocation exhibition.. sekarang baru mampu bernafas tapi semput jugaklah sebab selsema.. ada masa baik punya nanti nak cerita pasal sume2 yang terbengkalai..hehe

oh ya, hari ni balik2 je sini dapat kad diskaun siswa! hehe punyalah eksaited dapat walaupun tak banyak kedai kat Kelantan ni yang dapat guna tapi at least maybe dapat kurang beban student kan..hehe yang pasti KFC dapat..hihu! 

dis is my card

tak mampu nak menaip banyak sebab esok ade PBL.. next time i'll update about my vacation okeh!

Monday, September 3, 2012

26 Julai 2012

satu lagi entry yang terdelay! 26 July, this is a big day for me! seriusly big day, tiada yang menggembirakan bila parents kita happy sebab kita kan? Alhamdulillah big thanks to Allah Maha Adil sebab bagi opportunity selepas menunggu masa untuk buat parents bahagia. kalau boleh memang nak rewind balik waktu tu tapi masa tu jerit pekik bising sangat dalam dewan kuliah. ikutkan nak rekod suara deputy dean time tuh. buat alarm pagi2! haha

actually, sistem kitorang punye result lain macam dari yang lain. lepas exam ade announcement pasal result. time ni nama2 student yang lulus akan disebut,  kalau tak disebut makanya anda fail! takke satu kuliah tahu? mahu kental jiwa nak menunggu nama dipanggil. jantung memang macam nak pecah keluar dari dada, antara sedar atau tidak, bila dah nama dah kena sebut, walawei memang macam kaki tak berpijak kat bumi haa. kalau yang fail tu kena ulang satu tahun masuk kelas bersama2 dengan junior baru. if dah mengulang, kalau masih fail makanya terpaksa menukar course. jadinya, nak masuk medic memang jiwa kena kuat, bukan bermaksud masuk medic je.. semua course kena kental. tapi disebabkan wa amek medic, makanya wa kate kena jiwa kental mau ambek medic, actually nak hidup ni kena kental, kalau tersalah langkah menyesal tak sudah, boleh buat pantun! 

tapi nak ambil medic ni, kalau fail doesnt mean that u are stupido! nope but u give less effort to success. itu yang Doktor2 USM kami ajar, skill is more important. memang teori pon penting tapi kalau teori tanpa skills is nothing. yes u are nothing! so kena balance, tak boleh pilih2 nak yang mana. kadang2 ada yang kita nampak usaha bagai nak rak, tak tidur malam bagai, tapi still failure is waiting. itu kita tak mampu nak bantah. semua yang berlaku ada hikmahnya, dan mungkin kejayaan yang datang sedikit lewat kerana ada Allah rencanakan sesuatu untuk hamba-Nya. Allah Maha Adil. tapi usaha itu yang penting dan Allah akan membayar usaha kita dengan kejayaan dan keredhaan-Nya insyaAllah.

: : ai mampu bercerita about medic saje sebab experience dengan medic saje, course lain tak mampu nak rungkai sebab tak tahu, nanti tersalah kata, tapi kalau diberi kesempatan teringin nak review pasal kerjaya lain.
: : junior baru dah masuk! selamat berorientasi adik2. sila tabahkan diri ye

Friday, August 31, 2012

menggamit kenangan

berpikir bukan main panjang lagi nak tulis apa tajuk entry ni. sekali dapat idea sedikit jiwang tapi tak sure ejaan betol ke idok, siap gugel *tutup muka dengan tudung periuk!* fail bebenor bm sekarang, mahu mengamuk cikgu cikgi bm sekolah rendah dan menengah haa. eyh dulu sekolah rendah ai penah dapat paling tinggi bahasa melayu penulisan tau!tapi sekali jelah, tak payah nak menunjuk sangatlah kan! haha nampak sangat dah start jiwang masa kecik2 dulu. ayat nak buat karangan mestilah berbunga bunga siap ada dahan dengan daun tambah siap lebah tengah hisap madu, baru lah dapat tinggi menggunung. ouh itu cerita lama, sekarang ni memang totally banyak ayat dah mula tunggang motosikal balik kampung langgang. pheeww!

actually dah berkurun jugaklah menunda penulisan entry ni disebabkan tuntutan perkara2 personal dan jatuh sakit yang tak dapat dielakkan, demam je pon!. kisahnya pasal raya tahun ni jugak.

semuanya bermula apabila rakan2 sekolah rendah mahu berjumpa sesama kami semua kononnya mahu mengadakan reunion. *macam iklan polident tak? muehehe* yang selalu NMH contact kawan2 sekolah rendah sebenarnya cik timatimot, sampaikan die pernah call semata mata nak tanya kat mana DC masa awal2 die masuk UITM dulu.. haha comel betol! *sila jangan perasan* then yang macam ambik tahu khabar berita lah jugak macam alia, shikin, arif, sakinah and etc etc etc.. ramai je. japgi kite sebut balik satu2! heheh

dalam bulan puasa tima, alia dengan hanim dah datang rumah NMH, borak2 sampai tak hengat dunia pon. lama tak jumpa hanim lah lepas kua Kopu tak jumpa2 haa.. budak tima dengan alia ni penah jumpa la jugak sebab dah buat reunion tahun 2010 dulu. masa borak2 tu ade la jugak bincang2 nak buat reunion tapi tima lah kate, baik buat on da spot, kalau nak join adelah melekat kat situ, kalau taknak takpelah. cuma dah tergerak mulut nak kate raya ke 5 lah kot kan nak buat pape sebab masa tu mungkin dah habes *kunjung mengunjung sanak saudara, sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, kini tiba masanya berhari raya - tetiba lagu raya raihan-

raya ke-4 memasing dah start contact mencontact. mula pening2 lalat meseg yang tu meseg yang ni. semua nombor nak korek dalam masa satu hari. lastly 2 3 nombor kawan sekelas tak dapat terdetect, harap maaf sebab last minit semua benda. lagipon bukan ada organiser kami buat2 cenggitu je sebab nak jumpa. punya pikir last2 decide nak buat kat pizza hut Jerteh *mentang2 pizza hut baru buka kat situ lah kan! so tunggu dan lihat jela sape yang ade sebab dah ajak yang mana mampu kan. 

kawan2 perempuan yang ada sampai 9 tahun tak  jumpa!


masih ada 2 lelaki yang tak masuk gambar haha terlebih kachak mungkin! 


hari khamis raya ke5, 23Julai
actually gambar2 ni semua dari kawan NMH,  cilok2 mencilok aje maaf yang tak dapat nak tunjuk kemachoan dan kekachakan korang *muntah hijau*. NMH ada problem sikit hari tu NMH pergi tibai pakai  jeans dengan shirts sebab ingat bukan nak beraya sakan, sekali semua pakai baju kurung, malu ai!  bila dah lama tak jumpa berborak panjanglah, ada yang dah bekerjalah, yang masih belajar, yang nak menyambung belajar dan ada yang baru habis, bla bla dan bla. panjang betul entry kali ni. lain kali cerita lagi. hihi langsung tak sama rhymes kan, memang tak mampu nak jadi ahli pantun.

 

: : selamat hari merdeka Malaysia terchenta!







Sunday, August 26, 2012

suasana raya 2012

Alhamdulillah setelah seminggu beraya baru ada kesempatan nak tulis entry baru. kalau tak tetiap hari ada hal pergi merata kalau tak keluar dengan parents, keluar dengan kawan2 sekolah rendah dulu. maybe belom terlambat lagi nak wish SELAMAT HARI RAYA kat semua umat Islam kan.. 

actually, raya tahun ni takdelah lain sangat macam tahun2 sebelum ni cuma ada yang takde dan ada yang baru. raya pertama sorang kakak NMH beraya di rumah mertua, tapi yang lain semua beraya kat sini, kalau ikutkan kakak sulung NMH memang tiap2 tahun dari dulu lagi akan beraya kat sini lepas habes beraya baru balik ke rumah mertua. abang NMH pulak dah ada Uzair tahun ni. so dah ada orang baru bila nak pergi jalan beraya. 

as usual, lepas solat raya semua, kami adik beradik akan beraya dengan parents then bergerak bersama2 ziarah mak sedara bapak sedara yang belah ayah stay kat Besut.last2 yang tinggal kat rumah my ma and my ayah. sebab anak2 saudara ayah akan beraya kat rumah kitorang jugak. tradisi tu tak penah tinggal lagi. kakak NMH yang beraya rumah mertua tu balik kampung petang raya pertama, so tak sempat nak bersama satu famili beraya di rumah sedara belah ayah. raya kedua akan bergerak balik kampung my ma dekat Peringat, Kelantan.



ni gambar Uzair before raya. hehe

kalau bercerita pasal juadah pulak, mak NMH tak pernah miss buat tapai, ketupat palas sendiri. hari jumaat 2 hari before raya orang kat sini panggil hari buat tapai, tapai ni nak kena peram.. pagi raya bukak boleh makan! NMH dah pandai lah jugak bungkus tapai tu, kitorang guna daun jembal.. pokok ni banyak tumbuh dekat pantai je. kalau pasal ketupat palas still NMH fail nak bungkus haa.. balut punya balut asyik salah je. so pagi raya biasanya akan ada macam sate, biskut2 raya dan biasanya mak NMH buat nasi dagang tapi tahun ni buat raya kedua. raya pertama NMH dengan kakak just sempat masak spagetti sebab takut nampak kosong sangat meja haa. 


freshly taken after membungkus! 



ni ghope tapai sebab dah seminggu dok dalam freezer aih
pastu NMH ada try buat apam polka dots dah la buat malam raya aih. haha akibat percubaan pertama apam tu tak naik sangat.. nak taruk gamba pon mesti orang gelak. sila gelak dengan sopan, part taste kakak sulung cakap sedap. muahaha.. so rasa bukan sekadar rupa kan? haha perasan! macam ghope telor dinasour je pon eh!





: : raya tahun ni tak banyak gambar raya tapi duit raya dapat lagi banyak banding tahun lepas..wehehehe

Friday, August 17, 2012

bubur lambuk punya pasal

hari ni jadual penuh, buat tu buat ni kejap je dah bukak pose rupanya.. bila Uzair dah balik tadi, abang dengan akak ipar semua, so hari ni bolehla berbuka dengan bubur lambuk yang dah lama NMH idam idamkan.. hihu! sebabnya beli dekat bazar ramadhan kat kubang kerian.. mahal je lebih tapi rasa memang tak mampu nak cakap..  sadis je hari tu. bubur lambuk my mum sangat2 differ dengan bubur lambuk kg Baru occay! hihi

so nak buat bubur lambuk kena ada bahan die which is lokan dan jugak pucuk midin! pucuk midin ni sebenarnya pucuk paku merah ( hasil dari google sebentar tadi, hikhik sebab before ni dok gaduh dengan budak2 luar pantai timur sorang cakap pucuk paku lah, NMH cakap pucuk midinlah, NMH mane suka mengalah, sekali pucuk midin is pucuk paku rupanya, haha). ni la ghope die.. ambik pic dengan penuh arts occay. haha




dari pagi keluar rumah pegi macam2 tempat, pasar kg Raja, takde pucuk midin tu! ok fine.. disebabkan akak ipar nak bershopping dekat pasar pagi Kuala Besut, so better cari dekat pasar sana lah pulak kan.. pusing punya pusing sambil mengintai setiap pelusuk. confirm takde! jumpa mak cik jual kerang timbang aje.. pucuk midin oh pucuk midin tak tahu nak cari kat mana.. pastu memang takde tempat lain dah nak cari.. solution nya kena kutip sendiri dekat area yang banyak pokok pucuk midin tu ha.. dan biasanya tepi jalan raya hoi!

but before memerah keringat di bulan puasa yang panas terik pagi tadi, singgah Tok Bali semata nak beli lokan.. then baru menapak ke tempat yang dipenuhi pucuk midin tu ha.. stop kereta tepi jalan kutip banyak2.  ko hado? haha, this is my first experience stop tepi jalan mencari pucuk midin! actually tempat tu dah macam ramai orang kutip maybe untuk jualan.. serius confuse dan tak paham nape hari ni takde orang jual pucuk midin tu haa.. bubur lambuk punya pasal kutip pucuk midin tepi jalan tengah2 panas.. haha. 

but  today dapat makan bubur lambuk my mum seriusly rasa macam heaven sangat.. nyum nyum! 


Thursday, August 16, 2012

bikin suspen

petang semalam keluar pasir puteh kejap ade kerja.. kerjanya ngikut parents lah.hehe.. pastu tetibe naik nombor weird calling2 kat screen .. nombor start dengan 09767****.. seems like nombor cantik belakang tu.. pikir punya pikir la ni  nombor area kelantan.. sape yang nak call guna telefon rumah ni.. memang pasti bukan nombor telefon public.. then 2nd time call lagi, why not i just pick up kan? so NMH angkat tapi tunggu si pemanggil yang cakap dulu. HAHA. 

pemanggil: ni adik Nurain Munirah ke?
me: ye saya.. ada apa ye?  ( memang serius sangat rasa)
pemanggil: ni pejabat akademik USM ni
me: (huwaa, neves oih ape masalah aku pulak ni) ouh... kenapa ye
pemanggil: adik nanti naik bla bla bla kan.. nak letak nama Nurain ke Munirah ye dekat name tag
me: ouhh dulu letak Nurain.. kalau letak semua tak boleh? hahaha ( rasa lega sikit tapi pelik je selama ni tak de pulak tanya nak letak nama ape, biasanya suka diorang je letak nama ape, alang2 dorang tanya tak salah kan nak demand sampai semua nama aku nak taruk, HAHA , kalau ikut hati nak sangat letak NMH suda. nama bapak saya ade sekali)
pemanggil: tak boleh dik panjang sangat.. so adik nak letak ape ni
me: hmm hmm MUNIRAH laa! hehehe 
pemanggil : ok, pastu adik ingat tak nama kawan2 adik yang panjang2?
me: err sy tak ingat lah kak.. 

pastu akak tu asyik tanya nama kawan2 yang panjang.. saya tak hafal semua nama akak.. satu batch kami ada 200++ akak.. huhu. maaf akak tak dapat eden nak nolong. seriusly tak penah pejabat akademik call tanya pasal name tag.. tak tahula kot orang lain yang die tanya.. NMH dah risau yela takut ade benda yang tak settle ke baru je nak rasa lega lepas dapat result hari tu..hmm sebenarnya NMH tergolong dalam manusia yang bernama panjang..ui!

alang2 pegi pasir puteh kan konon nak jengah la bazar diorang yang keluar kat tb3 aritu.. tengok cam kecik je nak banding dengan bazar dekat rumah NMH! tapi akibat konon sebab Fizo promote kan.. nak lah jugak menapak.. seriusly bagi NMH takde ape sangat pon.. hmm hmm better bazar kampung NMH!hahaha

- hari ni uzair balik! 


Wednesday, August 15, 2012

raya dah dekat

pejam celik kejap je dah nak habis bulan Ramadhan.. Alhamdulillah tahun ni dapat pose kat rumah sebanyak 3 minggu.. hehe sebab seminggu exam kat USM but still dapat pose lame kat rumah kalau nak banding zaman2 sekolah dulu, hihu! last year lagi syok cuti 4 bulan memang full puasa kat rumah haa.. 

kalau ingat zaman sekolah sadis nye aih tiap2 hari nak kena beratur panjang ambik makanan guna tray.. kalau sahur pulak, bila lauk ayam hebohlah satu aspuri hari ni ayam oi! ramailah yang terkedek2 turun dengan muka sememek. satu pemandangan biasa.. kalau dekat KOPU takpelah dewan selera asing2, tapi  kat PC haa.. kalau air liur basi tertempek kat muka, malu kat kerbau oi! sebab dewan selera bercampur laki pompuan pastu pulak kena letak tray dekat sink lelaki.. itu sangat stresss! conclusion sahur bawak bekas makan kat bilik.. ohoi.. jalan selamat kan. tapi serius RINDU! rindu zaman sekolah.. itu pasti! nak cerita pasal pengalaman puasa kat sekolah memang takkan habis.. too much memory there samada dekat KOPU takpon kat PC.. will remain in my heart.

oh ya, tahun ni mesti lagi meriah beraya! sebab ada penambahan ahli keluarga baru , Seif Uzair si tembam dan abang ipar baru. tak sabar nak penyek2 Uzair tu ha.. here uzair si tembam! haha


Monday, August 13, 2012

i got kad raya!

without hesitation teros bukak sampul surat yang dapat semalam.. hihu abam posmen hantar kad raya kat ai.. lame dah tak dapat kad raya last dapat rasanya time skolah menengah rendah. oih rasa macam baru semalam tapi actually dah ditinggal zaman.. tapi kes diri ni yang malas sikit nak balas kad raya orang bagi last2 takde dah orang hantar.. dulu kawan2 yang sekolah rendah hantar bila dah masuk sekolah lain masing2, tak ke terharu they olls ingat kat kiteww! bile pulak cakap dalam kad tuh dapat alamat sebab ade tulis dalam buku biodata die dulu.. apa yang lagi terharu sebab die tu pindah masa darjah 3.. she still remember me.. itu cerita time menengah rendah.. yang semalam dapat kad raya dari one of my bff kat USM.. she's just so lovely! nak tengok kad tuh? 


hehe apa yang ditulis kat dalam taknak lah mention.. tp seriusly thanx a lot billah! u make my day.. just a nice kad raya.. 


Saturday, August 11, 2012

celcom ke bb salah?

semalam dengan riang topup rm10 ke dalam fon.. cuti2 ni malas pulak nak topup selalu, sekali bangun pagi tadi hilang kredit sampai 6 hengget oih! rasanya dah unsubscribe semua benda alah plan (daily advance plan) yang ai gune before tu. tapi i forget one thing nak off data plan bagai.. so dengan rakusnya makan kredit ai ye! tetiba rasa bengang sebab tak guna takhape lenyap... ni dah masuk kali ke3 jadik.. tapi masa first time kena rembat kredit tu ai call operator service.. ohoi konon2 nak marah la kan pasaipa bedal kredit aku tanpa warning oi! tapi last2 operator tu cakap sebab internet cik, siap cakap lagi cik baru sikit orang lain kadang2 sampai 10 ringgit sehari, ohoi!  oh akak manis tahulah pasal internet tapi ape kes walaupun off data bile on balik teros kena ngap kredit?.. nampak macam aku ni lampi sangat dengan bb, merah pula pipi sesorang. - tu lah orang lain pakai bb, ko gedik2 nak pakai, tapi satu pon tak tahu, mesti operator tu cakap macam tuh. - tapi lepas call operator tu, kredit kembali seperti biasa tanpa perlu menekan apa2 pada bb.

pastu hari ni jadi lagik.. ini sudah lebih sebab sampai 6 hengget oih, pastu on off cabut sim bateri bagai.. lastly baru stable kredit masih tinggal 5 hengget.. naseb baik, ingat nak  on bbm je, bile on data services bagai tu.. mula la hilang 10 sen, 10 sen.. dengan lajunya kredit hilang.. sampai malam ni still hilang.. so takde masa dah nak tolerate dengan benda alah ni, sebelum aku hempuk bb ni masuk dalam jamban  tong sampah, err! better call akak2 takpon abam2 celcom.. dan biasalah end up with sebab internet cik.. ai tahulah internet but how to stop it akak yang manis lagi jelita!lastly lepas call akak operator tu, teros kredit tak hilang! aih? so salah bb ke celcom? boleh pulak celcom nak stop pemotongan kredit tuh kan? kalau bb yang salah mestilah kena repair pape kat bb kan?

so kat sini nak state cara TAKNAK HILANG KREDIT secara rakus setelah unsubscribe plan2 yang telah anda langgan:


OPTION ----> choose NETWORKS AND CONNECTION -------> MOBILE NETWORK -----> OFF KAN DATA SERVICE AND WHILE ROAMING ---> done!


   



moral: tak payah lah guna daily punya plan kalau nak guna jugak subscribe awal2 oih.. hehe      


Friday, August 3, 2012

new home

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

terpaku kat depan skrin lappy.. tak tahu apa nak tulis. this is my second blog actually. atas sebab yang tertentu i want to manage new blog. hihu

more about me? seorang yang pernah berlari dalam hidup kemudian jatuh tersungkur tapi masih mampu bangun kembali untuk meredah kehidupan yang masih panjang. berdegil dalam mengejar cita2 dan sekarang masih gigih menbina identiti diri yang masih mengecil. im specky sebab terpaksa pakai akibat power mata yang tinggi sebelah saje. kalau ikutkan hati lagi suka muka tidak dinodai oleh spec sampai kadang2 nampak benda lain dari yang sepatutnya. mula lah nak pikir hantu ke hape. hampeh betol.


kenapa kekucingpink? because i love both, kucing and pink. orang kata suka pink gedik. bukan orang sebenarnya tapi me.. seriusly siap rasa macam nonsense je kenapa mesti perempuan suka pink. asal perempuan je suka pink. but actually my sis always bagi kain baju kurung mesti selit2 warne pink. suatu hari realise belambak baju kurung ai dalam loker yang wane pink..pheww! ok admit pink cantik! haha


cukuplah kot intro for the first post for new blog. 

more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...