Monday, December 31, 2012

horas Medan II !

rentetan kebusyan baru balik Putrajaya teros masuk USM, dengan tidur tak cukup teros pegi kelas pagi semalam. so bersempena dengan hujan lebat harini, aktiviti dipenuhi dengan tidur! haha. dengan bilik yang dah macam gua sebab malas bukak lampu, dengan tahap kelaparan yang memuncak,mampu minum air kotak je sebab malas nak keluar. haih.. tak produktif langsung. 

so nak sambung cerita haritu, lepas je kami sampai ke Bandar Medan, mestilah kami kena isi perut dulu sebab tak sempat lunch lagi dekat Malaysia..kekeke. Ramli tu kata perjalanan lepas ni akan ambik masa lebih kurang 5 jam untuk ke Lake Toba, gosh! mahu berpinar bijik mata kalau tak makan, ingat dapat teros masuk hotel aih! pastu sampai lah ke restoran ayam pop. yang NMH pikir mesti ayam die macam popcorn chicken kfc tu, tapi ghopenye ayam pop tu ayam goreng berempah, adik beradik ayam penyet gittew. banyak lauk yang ade tapi sebab gelojoh lapar, tak sempat nak snap gambar lauk2. hehe. tetibe terus jumpa benda pelik. kat sana takde sinki nak basuh tangan tapi diorang letak air basuh tangan dalam mangkuk kecik setiap orang, then celup tangan dalam tu jah! hmm rasa tak bersih aih kalau makan benda berminyak.huhu

abaikan muka yang penat.. -.-'
kat luar kedai tu dah start ada yang jual2 souvenir cam t-shirt medan, keychain segala bagai maybe sebab dorang dah tahu memang tourist akan datang makan kat situ kan.  pandi mereka! yang agak tak leh blah siap ada yang datang cakap kelantan dengan kitorang, katanya dulu duduk kat kelate.. haih memang peka betul dorang ni dengan persekitaran.haha. 

then bermulalah perjalanan yang lebih kurang 5 jam, sebenarnya bukan sebab jarak tempat tu terlalu jauh tapi sebenarnya faktor jalan raya dorang yang memang sempit, just ada satu laluan, bukan highway cam kita, pastu pulak kereta punyalah banyak, bayangkan perjalanan tu tak pernah smooth takde kereta. tapi dorang ni memang cekap lagi mahir driving aih, sempat lagi memotong padahal kereta datang dari depan tak pernah surut tapi accident takde pon! kagum betol. sepanjang perjalanan tuh ada la tengok bentuk rumah dorang ni yang nampak kecik je, berpikir jugak muat ke dorang ni nak duduk ramai2. pemandangan kat sana lebih kurang sini je cuma ada la benda2 baru yang kita tak penah nampak kat sini ada kat sana. 

actually nak singgah dekat satu tempat ni nama die tengteng, tempat jual2 makanan ringan macam kacang tumbuk bagai, sekali sebab dah malam and hari ahad kedai tu dah tutup. takpelah tak rezeki kan. sekali sampai satu kampung ni, hujan start lebat, pastu air mula naik. ingatkan dapat sampai awal la jugak ke hotel tapi terstuck pulak dalam banjir kilat kat Medan. 

akhirnya dalam pukul 9 malam sampai ke Parapat, kampung area Lake Toba. kat sini memang terkenal dengan orang2 batak sebab majoriti orang batak yang tinggal kat sini. bila dengar orang batak teringat kisah dulu2 kan.hehe. so sampai2 je terus kene sumbat dengan dinner dulu sebelum check in hotel. disebabkan hujan malam tu memang bedal je makanan yang ada sebab lapar..hehe. so esoknya kami akan ke pulau2 yang ada dekat Lake Toba! hee nanti sambung lagi, lapar sudah!

cerita yang sebelum ni : horas medan I

2 comments:

Unknown said...

so ada kat indon laa maknanya ni

NMH said...

eyh taklah. ni cerita yang lepas

more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...