Monday, December 31, 2012

horas Medan II !

rentetan kebusyan baru balik Putrajaya teros masuk USM, dengan tidur tak cukup teros pegi kelas pagi semalam. so bersempena dengan hujan lebat harini, aktiviti dipenuhi dengan tidur! haha. dengan bilik yang dah macam gua sebab malas bukak lampu, dengan tahap kelaparan yang memuncak,mampu minum air kotak je sebab malas nak keluar. haih.. tak produktif langsung. 

so nak sambung cerita haritu, lepas je kami sampai ke Bandar Medan, mestilah kami kena isi perut dulu sebab tak sempat lunch lagi dekat Malaysia..kekeke. Ramli tu kata perjalanan lepas ni akan ambik masa lebih kurang 5 jam untuk ke Lake Toba, gosh! mahu berpinar bijik mata kalau tak makan, ingat dapat teros masuk hotel aih! pastu sampai lah ke restoran ayam pop. yang NMH pikir mesti ayam die macam popcorn chicken kfc tu, tapi ghopenye ayam pop tu ayam goreng berempah, adik beradik ayam penyet gittew. banyak lauk yang ade tapi sebab gelojoh lapar, tak sempat nak snap gambar lauk2. hehe. tetibe terus jumpa benda pelik. kat sana takde sinki nak basuh tangan tapi diorang letak air basuh tangan dalam mangkuk kecik setiap orang, then celup tangan dalam tu jah! hmm rasa tak bersih aih kalau makan benda berminyak.huhu

abaikan muka yang penat.. -.-'
kat luar kedai tu dah start ada yang jual2 souvenir cam t-shirt medan, keychain segala bagai maybe sebab dorang dah tahu memang tourist akan datang makan kat situ kan.  pandi mereka! yang agak tak leh blah siap ada yang datang cakap kelantan dengan kitorang, katanya dulu duduk kat kelate.. haih memang peka betul dorang ni dengan persekitaran.haha. 

then bermulalah perjalanan yang lebih kurang 5 jam, sebenarnya bukan sebab jarak tempat tu terlalu jauh tapi sebenarnya faktor jalan raya dorang yang memang sempit, just ada satu laluan, bukan highway cam kita, pastu pulak kereta punyalah banyak, bayangkan perjalanan tu tak pernah smooth takde kereta. tapi dorang ni memang cekap lagi mahir driving aih, sempat lagi memotong padahal kereta datang dari depan tak pernah surut tapi accident takde pon! kagum betol. sepanjang perjalanan tuh ada la tengok bentuk rumah dorang ni yang nampak kecik je, berpikir jugak muat ke dorang ni nak duduk ramai2. pemandangan kat sana lebih kurang sini je cuma ada la benda2 baru yang kita tak penah nampak kat sini ada kat sana. 

actually nak singgah dekat satu tempat ni nama die tengteng, tempat jual2 makanan ringan macam kacang tumbuk bagai, sekali sebab dah malam and hari ahad kedai tu dah tutup. takpelah tak rezeki kan. sekali sampai satu kampung ni, hujan start lebat, pastu air mula naik. ingatkan dapat sampai awal la jugak ke hotel tapi terstuck pulak dalam banjir kilat kat Medan. 

akhirnya dalam pukul 9 malam sampai ke Parapat, kampung area Lake Toba. kat sini memang terkenal dengan orang2 batak sebab majoriti orang batak yang tinggal kat sini. bila dengar orang batak teringat kisah dulu2 kan.hehe. so sampai2 je terus kene sumbat dengan dinner dulu sebelum check in hotel. disebabkan hujan malam tu memang bedal je makanan yang ada sebab lapar..hehe. so esoknya kami akan ke pulau2 yang ada dekat Lake Toba! hee nanti sambung lagi, lapar sudah!

cerita yang sebelum ni : horas medan I

Thursday, December 27, 2012

horas medan I !

disebabkan kelapangan masa yang banyak -kononnya-, rasa macam nak share pengalaman travel kat medan bulan september harituh wif famili. banyak yang NMH nampak benda2 baru kat sana!

actually awal2 NMH taknak ikut, parents je yang pegi, tapi disebabkan curious yang melampau pasal Medan, datang kerajinan dalam diri NMH pegi gugel menggugel pasal Medan, banyak response yang dapat dan kebanyakannya kata Medan ni scary, penjual main paksa memaksa, marah bagai lastly tahu Danau Toba tu kat Medan! punyalah lampi dalam geografi NMH selalu dengar pasal Danau Toba tapi tak tahu location kat mana dekat Indonesia tuh. teros paksa abang NMH bookkan tiket sebab nak ikut jugak! tiket tu sesorang cumanya flite same tapi dapat hot seat! hot seat kau duduk kat seat paling depan. nak tidoq sambil korek hidung pon tak boleh sebab ade abam2 steward enthem dengan ahkak2 stewardess yang syanteq melilau kat depan tu haaa. akak siap pesan suruh kenyit mata dekat pilot sebab dapat hot seat, tapi NMH tengok dah title bapak orang, cancel plan! keke.-kidding-

so on 9 september pukul 1.40 tengah hari kami2 bertolak dari lcct ke airport polonia, medan. takes about 1 hour cenggitu. kalau ikutkan duduk tak sempat panas bontot pon. disebabkan hot seat NMH sesekoq dok kat depan tu, NMH just mampu melilau tengok depan, kiri dan kanan. dok balas2 senyum dengan sorang passenger tu, student kot nampak muda lagi cantek yang pasti perempuan lah kan. belek2 menu yang ada, tapi memang tak menepati citarasa.

selepas dilanda kebosanan taktahu nak buat ape, sampailah ke destinasi yang dituju! hihu tapi airport kat sana takla macam airport kite gittew. siap operasi mengecop semua keluar je dekat pintu airport tuh teros nampak ada orang pegang paper nama Mr. Hashim, nama ayah NMH lattew. actually orang tu driver yang akan bawak kami ke Danau Toba. nama dia Ramli dan disebabkan kami satu famili je yang sampai time tu so dapatla kami ke Danau Toba dengan innova! then nanti lah sambung nak makan dulu.hihii


ni bukan hotel kami tinggal, sesaje ambik gamba. lol

airport medan. ihsan gugel sebab gambar yang ada hanya kami bersama flite.haha








Tuesday, December 25, 2012

yummilicious kek!

2012 dah nak habis lah! makanya umur dah makin bertambah lepas ni.huhu tapi still tak rasa tua hokey, sebenarnya selalu je rasa nak hapdate pasal celebrate besday2 kengkawan tapi selalu ade je benda pape, takpon kadang2 terlupa. hehe . -alasan-

actually NMH suka sangat selalu usha2 online cakes cupcakes yang boleh order online. agak pening kepala nak cari sebab area kelantan tak banyak sangat benda2 cenggini.. NMH memang mengidam gile nak rasa macaroon sampai harini tak mampu nak tahu rasa macaroon tu camane, sadis tahu!, tapi hasil dari googling banyak jugak NMH jumpa tapi setakat ni baru 2 kedai yang NMH berani nak order online. satu cupcake dan satu kek chocolate yang memang best!

cupcake ni NMH order for besday one of my bff, yang paling teruja sebab serius teringin sangat nak tengok cupcake fondant bentuk2 barang medic! so takkanlah NMH nak beli tuk diri sendiri kan? haha luckily besday bff, so get this opportunity nak tengok, nak sentuh, nak makan cupcake fondant yang bentuk barang2 medic! ni NMH order dari amsyarbarker, alah yang sekarang ni tengah hot selling durian crepe dekat tesco tu. penah jugak tunggu dekat nirwana kubang kerian, tapi tak bernasib baik nak rasa durian crepe amsyarbarker lagi. memang sedap tak terkata. 




and this yang latest for besday bff jugak from farradelight. memang superb punya chocolate devil aih! macam lava je. sape2 craving for chocolate memang tak menyesal. thumbs up! even ibu jari kaki nak up jugak. keke



tryla usha2 dekat page2 dorang tu! banyak lagi yang best2..=)






banjir oh banjir!

memang bulan 12 musim tengkujuh area pantai timur, so memang tak pelik kalau banjir kan? kalau tak banjir baru boleh rasa pelik seribu persoalan. area Besut ni ade certain2 kampung je yang akan banjir yakni memang tempat2 yang selalu banjir. area rumah NMH ni takdelah banjir terok ngat setakat air hujan tak tahu nak pegi mana sebab takde sistem perparitan yang gempak! hehe

semalam punyalah ayah NMH rajin nak gerak ke KB hujan2 pun sebab ade keje. ayah NMH memang suka lalu ikut jalan kampung, yang belah bachok, bukit marak, bekelam etc etc.. jalan tempoyak pon ade tau! awal2 boleh lagi nak seberang air banjir sekali makin pegi jauh makin dalam air. akhirnya terpaksa ikut jalan lain. punyalah ekstrem nak pegi kb je pon! 

bila balik memang takkan lalu dah jalan kampung. lalu ikut yang bandar pasir puteh. sekali dalam bandar pon dah naik air. dan actually tu benda biasa every year, sebab air hujan tak tahu nak pegi mane aih. bila masuk besut nampak suci murni je takde banjir pape pon. sekali hari ni orang bising2 cakap banjir terok dah kat besut. hmm padanlah hari ni dah tak hujan.. sebab dah naik air..kekeke. nak ambik gambar banjir pon dah tak mampu, bb buat hal! takde mood nak baiki sebab kedai tu mintak mahal.haha. ok selamat menghadapi banjir!

Sunday, December 9, 2012

program 'Health For Malaysia' (HFM)

ini antara perkara2 yang tertunda yang tak dapat NMH nak post, dan disebabkan schedule dis week is CFCS week (lecture untuk masuk kampung, kira buat community service la) , makanya sedikit heaven bagi kami2 sebabnya kan tiada lagi clinical teaching serta PBL yang mencengkam jiwa dalam masa 3 minggu. kalau ada teaching dengan PBL then bawak kepala yang kosong mahunya ketar lutut tak pepasal depan patient. kekeke..

alrite, berbalik pada program ni sebenarnya under Kementerian Pengajian Tinggi tapi melalui UKM and collaboration wif USM, maka berlakulah kejadian 9 dan 10 november 2012 lepas di RTC Kota Bharu. program tu ade pemeriksaan kesihatan, ada pameran, ade check gigi, ade macam2 lagi, even special for sakit puan and tuan pon ade, pap smear sume, and yang paling dikehendaki semua tuh FREE! ekau mampu? hehe. 



sila abaikan sekiranya ada kesalahan ejaan.. =)

yang lagi syok pasal program ni, sume poster2 memang disediakan and bajet untuk pape memang tak perlu nak risau macam kami buat CONVEX (convocation exhibition) dekat USM Penang, pastu kan, pastu kan siap dapat 2 baju free lagi tau! haha -menunjuk-.

 kami2 student USM around 170 and UKM 120 bekerjasama dekat semua booth tu, yang paling suka part tugas NMH, hehe jaga pendaftaran selama 2 hari tuh, punyalah penat bercakap dari pagi sampai petang. tapi dari pagi sampai petang dapat duduk di kerusi! rasa macam relax semacam tugas tuh, haha tapi ni serius tak tipu, i enjoy dat program  much! eheh -muka gatai-

gambar2 booth NMH tak mampu nak snap sebab nak berjalan pon payah bila jaga registration. benda yang NMH rasa macam membongak sikit time registration bila mintak ic orang ramai tapi still nak tanya umur orang tu berapa. memang tebal 5 inci muka bila nak tanya,  takpon bila konon rajin nak mencongak tapi tersalah teka, how bad my math nowadays! tapi bukan NMH je ghopenye, bila dah perasan kelemahan masing2 dalam maths -sebab dah lame tinggal maths,haha- mula lah bisik2 suruh orang sebelah kirakan umur, taknak jatuhkan air muka sendiri.. kekeke. yang ni je mampu buat kenangan. =)


hari first baju putih! ^ ^






usm+ukm



: : CFCS nanti katanya masuk kampung area ketereh..nasib dekat je. hehe





Thursday, December 6, 2012

fenomena durian crepe

disebabkan durian yang melambak2 nampak di merata tempat especially pasar malam, even dekat fb pulak banyak yang mengepost durian crepe, membuak buak perasaan ingin tahu rasa durian crepe tuh. ade pendapat kawan2 yang cakap tak sedap, tak kena dengan selera diorang kot, tapi NMH jenis tak boleh telan kalau tempoyak, tapi crepe tu bukan tempoyak kan.hehe 

disebabkan craving yang melampau dan tak tahu nak cari kat mana, nak buat apatah lagi kan.. tetiba nampak sinar yang penuh gemilang bila ade student USM yang tolong jualkan durian crepe tuh, and luckily one of my bff tempahkan! semalam dapat merasa dengan penuh nikmat, from my view, durian crepe sedap! macam aiskrim mungkin sebab whipping cream tuh, nak2 kalau makan time benda tuh sejuk, walawei sedap! 



mood menunggu parents datang amek.. nak makan pulut durian balik ni..kekeke

habuk yang perlu disapu

lame gile tak update pape dalam blog ni rasanya. terbengkalai cenggitu je. nak blogwalking pon tak mampu akibat kekangan masa (ayat cliche) heheh, tapi betollah! makin naik umur, makin naik tahun studi, makin makinnn makinnggg kebusyan pulaks, kalau ada masa luang mau nak tengok running man takpon terbongkang kat katil. haih.. tapi bila mood rajin yang tak dapat dibendung mahupun dibedung tu datang, karang blogspot pon terpaksa limit post NMH punya blog.. kekeke 

bulan ni ramai kawan2 yang hapdate gamba memasing konvo.. huaaa menjerit kuat2 dalam hati kerana kejelesan tahap melampau dengan gamba2 bersama jejubah memasing dan topi empat segi tuh. jejubah lagu tu mungkin time emaresem dulu penah la jugak sauk 2 3 kali, tapi topi tuh tak penah dapat lambung tetinggi lagi. sadis ni tahu. hehe btw, a warm wishes from me congratulations on your success everibadi! bestnya dah tak steress dengan exam tapi bakalan sterres dengan kerja.. ha ha ha -evil laugh definitely =p-


ehsan dari encik google yang budiman


definition: sauk- pakai (kelantan+ besut) keke.



Wednesday, December 5, 2012

oh! istana!

rasa pelik lame tak menaip sampai rasa tak tau nak tulis ape.....blur mood..... sterress! haih nak mulakan ayat pon dah tak tau nak cakap ape, nevermind, lets start with pada suatu hari iaitu hari kamis lepas bersamaan 29 nov, kami2 decide nak pegi tengok pameran MAIK yang dekat istana Kubang Kerian tu, setelah lame menghitung hari last2 on da spot je nak pegi kamis tuh, sumbat punya sumbat myvi tersebut dengan 7 orang, sampai je dalam istana pakcik RELA tu siap tegor, ramainya! mana taknya stop je kereta kami yang seat belakang mula keluar macam semut! dari UITM lagi memang suka menyumbat kereta myvi dengan penuhnya sampai duduk kat bonggol tengah seat belakang tu, cumanya perbezaan orang je.. hmm how i mis UITM time.. but yet USM pon i got many ohsem friend! not a big deal then. 

ini nak bercerita pasal keterujaan yang melampau sebab dapat masuk istana raja Kelantan, selama 21 tahun lah kot just dapat tengok dari luar je, sekali bila dapat masuk dalam terpegun yang amat pulak (hiperbola).


rumput yang hijau

but yes serius dalam istana tu nampak luas semacam sebab banyak padang rumput yang hijau, then kemas tersusun teratur dan sebagainya. semua tempat kalau boleh nak ambik gamba punyalah kemaruk tahap cipan sebab susah dah nak masuk nanti.. so, perlu memanfaatkan peluang yang bergolek sekali sekala. tapak pameran dekat istana tu ada 2 bahagian, 1 bahagian untuk cenderahati macam tulisan khat, keychain then lagi satu bahagian dalam bangunan istana tu replika2 macam rumah Rasulullah s.a.w, replika pedang, dan macam2 lagi. thumbs up dengan pameran2 tu! tapi dalam bangunan istana tu tak dapat nak tangkap gambar pon, kat luar je mampu. 

bersiar2 bersama dayang2..eyh!

keterujaan yang tak dapat dibendung =p

kalau lepas berjalan tak makan tak sah rasanya! nasib baik ada tempat jual- jual kat area belakang pameran tu, banyaklah jugak gerai tapi yang paling tertarik dengan pulut mangga sorang auntie ni! sekarang ni menulis pulut mangga pon dah kecur air liur! rasa cam nak pegi lagi semata nak beli pulut mangga tuh..kekeke.. then bau mihun celup menusuk rongga hidung yang memang sensitif dengan bau makanan sedap, mihun celup tu siap ade chicken ball 3 bijik mak aih! bila lagi nak makan dalam istana kan? hehe. dah cancel plan konon2 nak makan kat secret recipe, so kami pulun makan pulut mangga dengan mihun celup tuh. *muka teruja sambil melompat2*. dan ini ABC yang ohsem



esok dah nak habes pameran tu, pegi cepat2 sape yang tak pi lagi! ehe.. dan esok nak balik rumah! yeaaa



ni adiah besday dari istana! keke





more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...