Friday, August 31, 2012

menggamit kenangan

berpikir bukan main panjang lagi nak tulis apa tajuk entry ni. sekali dapat idea sedikit jiwang tapi tak sure ejaan betol ke idok, siap gugel *tutup muka dengan tudung periuk!* fail bebenor bm sekarang, mahu mengamuk cikgu cikgi bm sekolah rendah dan menengah haa. eyh dulu sekolah rendah ai penah dapat paling tinggi bahasa melayu penulisan tau!tapi sekali jelah, tak payah nak menunjuk sangatlah kan! haha nampak sangat dah start jiwang masa kecik2 dulu. ayat nak buat karangan mestilah berbunga bunga siap ada dahan dengan daun tambah siap lebah tengah hisap madu, baru lah dapat tinggi menggunung. ouh itu cerita lama, sekarang ni memang totally banyak ayat dah mula tunggang motosikal balik kampung langgang. pheeww!

actually dah berkurun jugaklah menunda penulisan entry ni disebabkan tuntutan perkara2 personal dan jatuh sakit yang tak dapat dielakkan, demam je pon!. kisahnya pasal raya tahun ni jugak.

semuanya bermula apabila rakan2 sekolah rendah mahu berjumpa sesama kami semua kononnya mahu mengadakan reunion. *macam iklan polident tak? muehehe* yang selalu NMH contact kawan2 sekolah rendah sebenarnya cik timatimot, sampaikan die pernah call semata mata nak tanya kat mana DC masa awal2 die masuk UITM dulu.. haha comel betol! *sila jangan perasan* then yang macam ambik tahu khabar berita lah jugak macam alia, shikin, arif, sakinah and etc etc etc.. ramai je. japgi kite sebut balik satu2! heheh

dalam bulan puasa tima, alia dengan hanim dah datang rumah NMH, borak2 sampai tak hengat dunia pon. lama tak jumpa hanim lah lepas kua Kopu tak jumpa2 haa.. budak tima dengan alia ni penah jumpa la jugak sebab dah buat reunion tahun 2010 dulu. masa borak2 tu ade la jugak bincang2 nak buat reunion tapi tima lah kate, baik buat on da spot, kalau nak join adelah melekat kat situ, kalau taknak takpelah. cuma dah tergerak mulut nak kate raya ke 5 lah kot kan nak buat pape sebab masa tu mungkin dah habes *kunjung mengunjung sanak saudara, sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, kini tiba masanya berhari raya - tetiba lagu raya raihan-

raya ke-4 memasing dah start contact mencontact. mula pening2 lalat meseg yang tu meseg yang ni. semua nombor nak korek dalam masa satu hari. lastly 2 3 nombor kawan sekelas tak dapat terdetect, harap maaf sebab last minit semua benda. lagipon bukan ada organiser kami buat2 cenggitu je sebab nak jumpa. punya pikir last2 decide nak buat kat pizza hut Jerteh *mentang2 pizza hut baru buka kat situ lah kan! so tunggu dan lihat jela sape yang ade sebab dah ajak yang mana mampu kan. 

kawan2 perempuan yang ada sampai 9 tahun tak  jumpa!


masih ada 2 lelaki yang tak masuk gambar haha terlebih kachak mungkin! 


hari khamis raya ke5, 23Julai
actually gambar2 ni semua dari kawan NMH,  cilok2 mencilok aje maaf yang tak dapat nak tunjuk kemachoan dan kekachakan korang *muntah hijau*. NMH ada problem sikit hari tu NMH pergi tibai pakai  jeans dengan shirts sebab ingat bukan nak beraya sakan, sekali semua pakai baju kurung, malu ai!  bila dah lama tak jumpa berborak panjanglah, ada yang dah bekerjalah, yang masih belajar, yang nak menyambung belajar dan ada yang baru habis, bla bla dan bla. panjang betul entry kali ni. lain kali cerita lagi. hihi langsung tak sama rhymes kan, memang tak mampu nak jadi ahli pantun.

 

: : selamat hari merdeka Malaysia terchenta!







Sunday, August 26, 2012

suasana raya 2012

Alhamdulillah setelah seminggu beraya baru ada kesempatan nak tulis entry baru. kalau tak tetiap hari ada hal pergi merata kalau tak keluar dengan parents, keluar dengan kawan2 sekolah rendah dulu. maybe belom terlambat lagi nak wish SELAMAT HARI RAYA kat semua umat Islam kan.. 

actually, raya tahun ni takdelah lain sangat macam tahun2 sebelum ni cuma ada yang takde dan ada yang baru. raya pertama sorang kakak NMH beraya di rumah mertua, tapi yang lain semua beraya kat sini, kalau ikutkan kakak sulung NMH memang tiap2 tahun dari dulu lagi akan beraya kat sini lepas habes beraya baru balik ke rumah mertua. abang NMH pulak dah ada Uzair tahun ni. so dah ada orang baru bila nak pergi jalan beraya. 

as usual, lepas solat raya semua, kami adik beradik akan beraya dengan parents then bergerak bersama2 ziarah mak sedara bapak sedara yang belah ayah stay kat Besut.last2 yang tinggal kat rumah my ma and my ayah. sebab anak2 saudara ayah akan beraya kat rumah kitorang jugak. tradisi tu tak penah tinggal lagi. kakak NMH yang beraya rumah mertua tu balik kampung petang raya pertama, so tak sempat nak bersama satu famili beraya di rumah sedara belah ayah. raya kedua akan bergerak balik kampung my ma dekat Peringat, Kelantan.



ni gambar Uzair before raya. hehe

kalau bercerita pasal juadah pulak, mak NMH tak pernah miss buat tapai, ketupat palas sendiri. hari jumaat 2 hari before raya orang kat sini panggil hari buat tapai, tapai ni nak kena peram.. pagi raya bukak boleh makan! NMH dah pandai lah jugak bungkus tapai tu, kitorang guna daun jembal.. pokok ni banyak tumbuh dekat pantai je. kalau pasal ketupat palas still NMH fail nak bungkus haa.. balut punya balut asyik salah je. so pagi raya biasanya akan ada macam sate, biskut2 raya dan biasanya mak NMH buat nasi dagang tapi tahun ni buat raya kedua. raya pertama NMH dengan kakak just sempat masak spagetti sebab takut nampak kosong sangat meja haa. 


freshly taken after membungkus! 



ni ghope tapai sebab dah seminggu dok dalam freezer aih
pastu NMH ada try buat apam polka dots dah la buat malam raya aih. haha akibat percubaan pertama apam tu tak naik sangat.. nak taruk gamba pon mesti orang gelak. sila gelak dengan sopan, part taste kakak sulung cakap sedap. muahaha.. so rasa bukan sekadar rupa kan? haha perasan! macam ghope telor dinasour je pon eh!





: : raya tahun ni tak banyak gambar raya tapi duit raya dapat lagi banyak banding tahun lepas..wehehehe

Friday, August 17, 2012

bubur lambuk punya pasal

hari ni jadual penuh, buat tu buat ni kejap je dah bukak pose rupanya.. bila Uzair dah balik tadi, abang dengan akak ipar semua, so hari ni bolehla berbuka dengan bubur lambuk yang dah lama NMH idam idamkan.. hihu! sebabnya beli dekat bazar ramadhan kat kubang kerian.. mahal je lebih tapi rasa memang tak mampu nak cakap..  sadis je hari tu. bubur lambuk my mum sangat2 differ dengan bubur lambuk kg Baru occay! hihi

so nak buat bubur lambuk kena ada bahan die which is lokan dan jugak pucuk midin! pucuk midin ni sebenarnya pucuk paku merah ( hasil dari google sebentar tadi, hikhik sebab before ni dok gaduh dengan budak2 luar pantai timur sorang cakap pucuk paku lah, NMH cakap pucuk midinlah, NMH mane suka mengalah, sekali pucuk midin is pucuk paku rupanya, haha). ni la ghope die.. ambik pic dengan penuh arts occay. haha




dari pagi keluar rumah pegi macam2 tempat, pasar kg Raja, takde pucuk midin tu! ok fine.. disebabkan akak ipar nak bershopping dekat pasar pagi Kuala Besut, so better cari dekat pasar sana lah pulak kan.. pusing punya pusing sambil mengintai setiap pelusuk. confirm takde! jumpa mak cik jual kerang timbang aje.. pucuk midin oh pucuk midin tak tahu nak cari kat mana.. pastu memang takde tempat lain dah nak cari.. solution nya kena kutip sendiri dekat area yang banyak pokok pucuk midin tu ha.. dan biasanya tepi jalan raya hoi!

but before memerah keringat di bulan puasa yang panas terik pagi tadi, singgah Tok Bali semata nak beli lokan.. then baru menapak ke tempat yang dipenuhi pucuk midin tu ha.. stop kereta tepi jalan kutip banyak2.  ko hado? haha, this is my first experience stop tepi jalan mencari pucuk midin! actually tempat tu dah macam ramai orang kutip maybe untuk jualan.. serius confuse dan tak paham nape hari ni takde orang jual pucuk midin tu haa.. bubur lambuk punya pasal kutip pucuk midin tepi jalan tengah2 panas.. haha. 

but  today dapat makan bubur lambuk my mum seriusly rasa macam heaven sangat.. nyum nyum! 


Thursday, August 16, 2012

bikin suspen

petang semalam keluar pasir puteh kejap ade kerja.. kerjanya ngikut parents lah.hehe.. pastu tetibe naik nombor weird calling2 kat screen .. nombor start dengan 09767****.. seems like nombor cantik belakang tu.. pikir punya pikir la ni  nombor area kelantan.. sape yang nak call guna telefon rumah ni.. memang pasti bukan nombor telefon public.. then 2nd time call lagi, why not i just pick up kan? so NMH angkat tapi tunggu si pemanggil yang cakap dulu. HAHA. 

pemanggil: ni adik Nurain Munirah ke?
me: ye saya.. ada apa ye?  ( memang serius sangat rasa)
pemanggil: ni pejabat akademik USM ni
me: (huwaa, neves oih ape masalah aku pulak ni) ouh... kenapa ye
pemanggil: adik nanti naik bla bla bla kan.. nak letak nama Nurain ke Munirah ye dekat name tag
me: ouhh dulu letak Nurain.. kalau letak semua tak boleh? hahaha ( rasa lega sikit tapi pelik je selama ni tak de pulak tanya nak letak nama ape, biasanya suka diorang je letak nama ape, alang2 dorang tanya tak salah kan nak demand sampai semua nama aku nak taruk, HAHA , kalau ikut hati nak sangat letak NMH suda. nama bapak saya ade sekali)
pemanggil: tak boleh dik panjang sangat.. so adik nak letak ape ni
me: hmm hmm MUNIRAH laa! hehehe 
pemanggil : ok, pastu adik ingat tak nama kawan2 adik yang panjang2?
me: err sy tak ingat lah kak.. 

pastu akak tu asyik tanya nama kawan2 yang panjang.. saya tak hafal semua nama akak.. satu batch kami ada 200++ akak.. huhu. maaf akak tak dapat eden nak nolong. seriusly tak penah pejabat akademik call tanya pasal name tag.. tak tahula kot orang lain yang die tanya.. NMH dah risau yela takut ade benda yang tak settle ke baru je nak rasa lega lepas dapat result hari tu..hmm sebenarnya NMH tergolong dalam manusia yang bernama panjang..ui!

alang2 pegi pasir puteh kan konon nak jengah la bazar diorang yang keluar kat tb3 aritu.. tengok cam kecik je nak banding dengan bazar dekat rumah NMH! tapi akibat konon sebab Fizo promote kan.. nak lah jugak menapak.. seriusly bagi NMH takde ape sangat pon.. hmm hmm better bazar kampung NMH!hahaha

- hari ni uzair balik! 


Wednesday, August 15, 2012

raya dah dekat

pejam celik kejap je dah nak habis bulan Ramadhan.. Alhamdulillah tahun ni dapat pose kat rumah sebanyak 3 minggu.. hehe sebab seminggu exam kat USM but still dapat pose lame kat rumah kalau nak banding zaman2 sekolah dulu, hihu! last year lagi syok cuti 4 bulan memang full puasa kat rumah haa.. 

kalau ingat zaman sekolah sadis nye aih tiap2 hari nak kena beratur panjang ambik makanan guna tray.. kalau sahur pulak, bila lauk ayam hebohlah satu aspuri hari ni ayam oi! ramailah yang terkedek2 turun dengan muka sememek. satu pemandangan biasa.. kalau dekat KOPU takpelah dewan selera asing2, tapi  kat PC haa.. kalau air liur basi tertempek kat muka, malu kat kerbau oi! sebab dewan selera bercampur laki pompuan pastu pulak kena letak tray dekat sink lelaki.. itu sangat stresss! conclusion sahur bawak bekas makan kat bilik.. ohoi.. jalan selamat kan. tapi serius RINDU! rindu zaman sekolah.. itu pasti! nak cerita pasal pengalaman puasa kat sekolah memang takkan habis.. too much memory there samada dekat KOPU takpon kat PC.. will remain in my heart.

oh ya, tahun ni mesti lagi meriah beraya! sebab ada penambahan ahli keluarga baru , Seif Uzair si tembam dan abang ipar baru. tak sabar nak penyek2 Uzair tu ha.. here uzair si tembam! haha


Monday, August 13, 2012

i got kad raya!

without hesitation teros bukak sampul surat yang dapat semalam.. hihu abam posmen hantar kad raya kat ai.. lame dah tak dapat kad raya last dapat rasanya time skolah menengah rendah. oih rasa macam baru semalam tapi actually dah ditinggal zaman.. tapi kes diri ni yang malas sikit nak balas kad raya orang bagi last2 takde dah orang hantar.. dulu kawan2 yang sekolah rendah hantar bila dah masuk sekolah lain masing2, tak ke terharu they olls ingat kat kiteww! bile pulak cakap dalam kad tuh dapat alamat sebab ade tulis dalam buku biodata die dulu.. apa yang lagi terharu sebab die tu pindah masa darjah 3.. she still remember me.. itu cerita time menengah rendah.. yang semalam dapat kad raya dari one of my bff kat USM.. she's just so lovely! nak tengok kad tuh? 


hehe apa yang ditulis kat dalam taknak lah mention.. tp seriusly thanx a lot billah! u make my day.. just a nice kad raya.. 


Saturday, August 11, 2012

celcom ke bb salah?

semalam dengan riang topup rm10 ke dalam fon.. cuti2 ni malas pulak nak topup selalu, sekali bangun pagi tadi hilang kredit sampai 6 hengget oih! rasanya dah unsubscribe semua benda alah plan (daily advance plan) yang ai gune before tu. tapi i forget one thing nak off data plan bagai.. so dengan rakusnya makan kredit ai ye! tetiba rasa bengang sebab tak guna takhape lenyap... ni dah masuk kali ke3 jadik.. tapi masa first time kena rembat kredit tu ai call operator service.. ohoi konon2 nak marah la kan pasaipa bedal kredit aku tanpa warning oi! tapi last2 operator tu cakap sebab internet cik, siap cakap lagi cik baru sikit orang lain kadang2 sampai 10 ringgit sehari, ohoi!  oh akak manis tahulah pasal internet tapi ape kes walaupun off data bile on balik teros kena ngap kredit?.. nampak macam aku ni lampi sangat dengan bb, merah pula pipi sesorang. - tu lah orang lain pakai bb, ko gedik2 nak pakai, tapi satu pon tak tahu, mesti operator tu cakap macam tuh. - tapi lepas call operator tu, kredit kembali seperti biasa tanpa perlu menekan apa2 pada bb.

pastu hari ni jadi lagik.. ini sudah lebih sebab sampai 6 hengget oih, pastu on off cabut sim bateri bagai.. lastly baru stable kredit masih tinggal 5 hengget.. naseb baik, ingat nak  on bbm je, bile on data services bagai tu.. mula la hilang 10 sen, 10 sen.. dengan lajunya kredit hilang.. sampai malam ni still hilang.. so takde masa dah nak tolerate dengan benda alah ni, sebelum aku hempuk bb ni masuk dalam jamban  tong sampah, err! better call akak2 takpon abam2 celcom.. dan biasalah end up with sebab internet cik.. ai tahulah internet but how to stop it akak yang manis lagi jelita!lastly lepas call akak operator tu, teros kredit tak hilang! aih? so salah bb ke celcom? boleh pulak celcom nak stop pemotongan kredit tuh kan? kalau bb yang salah mestilah kena repair pape kat bb kan?

so kat sini nak state cara TAKNAK HILANG KREDIT secara rakus setelah unsubscribe plan2 yang telah anda langgan:


OPTION ----> choose NETWORKS AND CONNECTION -------> MOBILE NETWORK -----> OFF KAN DATA SERVICE AND WHILE ROAMING ---> done!


   



moral: tak payah lah guna daily punya plan kalau nak guna jugak subscribe awal2 oih.. hehe      


Friday, August 3, 2012

new home

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

terpaku kat depan skrin lappy.. tak tahu apa nak tulis. this is my second blog actually. atas sebab yang tertentu i want to manage new blog. hihu

more about me? seorang yang pernah berlari dalam hidup kemudian jatuh tersungkur tapi masih mampu bangun kembali untuk meredah kehidupan yang masih panjang. berdegil dalam mengejar cita2 dan sekarang masih gigih menbina identiti diri yang masih mengecil. im specky sebab terpaksa pakai akibat power mata yang tinggi sebelah saje. kalau ikutkan hati lagi suka muka tidak dinodai oleh spec sampai kadang2 nampak benda lain dari yang sepatutnya. mula lah nak pikir hantu ke hape. hampeh betol.


kenapa kekucingpink? because i love both, kucing and pink. orang kata suka pink gedik. bukan orang sebenarnya tapi me.. seriusly siap rasa macam nonsense je kenapa mesti perempuan suka pink. asal perempuan je suka pink. but actually my sis always bagi kain baju kurung mesti selit2 warne pink. suatu hari realise belambak baju kurung ai dalam loker yang wane pink..pheww! ok admit pink cantik! haha


cukuplah kot intro for the first post for new blog. 

more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...