Friday, August 31, 2012

menggamit kenangan

berpikir bukan main panjang lagi nak tulis apa tajuk entry ni. sekali dapat idea sedikit jiwang tapi tak sure ejaan betol ke idok, siap gugel *tutup muka dengan tudung periuk!* fail bebenor bm sekarang, mahu mengamuk cikgu cikgi bm sekolah rendah dan menengah haa. eyh dulu sekolah rendah ai penah dapat paling tinggi bahasa melayu penulisan tau!tapi sekali jelah, tak payah nak menunjuk sangatlah kan! haha nampak sangat dah start jiwang masa kecik2 dulu. ayat nak buat karangan mestilah berbunga bunga siap ada dahan dengan daun tambah siap lebah tengah hisap madu, baru lah dapat tinggi menggunung. ouh itu cerita lama, sekarang ni memang totally banyak ayat dah mula tunggang motosikal balik kampung langgang. pheeww!

actually dah berkurun jugaklah menunda penulisan entry ni disebabkan tuntutan perkara2 personal dan jatuh sakit yang tak dapat dielakkan, demam je pon!. kisahnya pasal raya tahun ni jugak.

semuanya bermula apabila rakan2 sekolah rendah mahu berjumpa sesama kami semua kononnya mahu mengadakan reunion. *macam iklan polident tak? muehehe* yang selalu NMH contact kawan2 sekolah rendah sebenarnya cik timatimot, sampaikan die pernah call semata mata nak tanya kat mana DC masa awal2 die masuk UITM dulu.. haha comel betol! *sila jangan perasan* then yang macam ambik tahu khabar berita lah jugak macam alia, shikin, arif, sakinah and etc etc etc.. ramai je. japgi kite sebut balik satu2! heheh

dalam bulan puasa tima, alia dengan hanim dah datang rumah NMH, borak2 sampai tak hengat dunia pon. lama tak jumpa hanim lah lepas kua Kopu tak jumpa2 haa.. budak tima dengan alia ni penah jumpa la jugak sebab dah buat reunion tahun 2010 dulu. masa borak2 tu ade la jugak bincang2 nak buat reunion tapi tima lah kate, baik buat on da spot, kalau nak join adelah melekat kat situ, kalau taknak takpelah. cuma dah tergerak mulut nak kate raya ke 5 lah kot kan nak buat pape sebab masa tu mungkin dah habes *kunjung mengunjung sanak saudara, sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, kini tiba masanya berhari raya - tetiba lagu raya raihan-

raya ke-4 memasing dah start contact mencontact. mula pening2 lalat meseg yang tu meseg yang ni. semua nombor nak korek dalam masa satu hari. lastly 2 3 nombor kawan sekelas tak dapat terdetect, harap maaf sebab last minit semua benda. lagipon bukan ada organiser kami buat2 cenggitu je sebab nak jumpa. punya pikir last2 decide nak buat kat pizza hut Jerteh *mentang2 pizza hut baru buka kat situ lah kan! so tunggu dan lihat jela sape yang ade sebab dah ajak yang mana mampu kan. 

kawan2 perempuan yang ada sampai 9 tahun tak  jumpa!


masih ada 2 lelaki yang tak masuk gambar haha terlebih kachak mungkin! 


hari khamis raya ke5, 23Julai
actually gambar2 ni semua dari kawan NMH,  cilok2 mencilok aje maaf yang tak dapat nak tunjuk kemachoan dan kekachakan korang *muntah hijau*. NMH ada problem sikit hari tu NMH pergi tibai pakai  jeans dengan shirts sebab ingat bukan nak beraya sakan, sekali semua pakai baju kurung, malu ai!  bila dah lama tak jumpa berborak panjanglah, ada yang dah bekerjalah, yang masih belajar, yang nak menyambung belajar dan ada yang baru habis, bla bla dan bla. panjang betul entry kali ni. lain kali cerita lagi. hihi langsung tak sama rhymes kan, memang tak mampu nak jadi ahli pantun.

 

: : selamat hari merdeka Malaysia terchenta!







1 comment:

Sarah Mohd Saleh said...

wah seronknya die bjmpe kwn lelame ;D

more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...