Sunday, August 26, 2012

suasana raya 2012

Alhamdulillah setelah seminggu beraya baru ada kesempatan nak tulis entry baru. kalau tak tetiap hari ada hal pergi merata kalau tak keluar dengan parents, keluar dengan kawan2 sekolah rendah dulu. maybe belom terlambat lagi nak wish SELAMAT HARI RAYA kat semua umat Islam kan.. 

actually, raya tahun ni takdelah lain sangat macam tahun2 sebelum ni cuma ada yang takde dan ada yang baru. raya pertama sorang kakak NMH beraya di rumah mertua, tapi yang lain semua beraya kat sini, kalau ikutkan kakak sulung NMH memang tiap2 tahun dari dulu lagi akan beraya kat sini lepas habes beraya baru balik ke rumah mertua. abang NMH pulak dah ada Uzair tahun ni. so dah ada orang baru bila nak pergi jalan beraya. 

as usual, lepas solat raya semua, kami adik beradik akan beraya dengan parents then bergerak bersama2 ziarah mak sedara bapak sedara yang belah ayah stay kat Besut.last2 yang tinggal kat rumah my ma and my ayah. sebab anak2 saudara ayah akan beraya kat rumah kitorang jugak. tradisi tu tak penah tinggal lagi. kakak NMH yang beraya rumah mertua tu balik kampung petang raya pertama, so tak sempat nak bersama satu famili beraya di rumah sedara belah ayah. raya kedua akan bergerak balik kampung my ma dekat Peringat, Kelantan.



ni gambar Uzair before raya. hehe

kalau bercerita pasal juadah pulak, mak NMH tak pernah miss buat tapai, ketupat palas sendiri. hari jumaat 2 hari before raya orang kat sini panggil hari buat tapai, tapai ni nak kena peram.. pagi raya bukak boleh makan! NMH dah pandai lah jugak bungkus tapai tu, kitorang guna daun jembal.. pokok ni banyak tumbuh dekat pantai je. kalau pasal ketupat palas still NMH fail nak bungkus haa.. balut punya balut asyik salah je. so pagi raya biasanya akan ada macam sate, biskut2 raya dan biasanya mak NMH buat nasi dagang tapi tahun ni buat raya kedua. raya pertama NMH dengan kakak just sempat masak spagetti sebab takut nampak kosong sangat meja haa. 


freshly taken after membungkus! 



ni ghope tapai sebab dah seminggu dok dalam freezer aih
pastu NMH ada try buat apam polka dots dah la buat malam raya aih. haha akibat percubaan pertama apam tu tak naik sangat.. nak taruk gamba pon mesti orang gelak. sila gelak dengan sopan, part taste kakak sulung cakap sedap. muahaha.. so rasa bukan sekadar rupa kan? haha perasan! macam ghope telor dinasour je pon eh!





: : raya tahun ni tak banyak gambar raya tapi duit raya dapat lagi banyak banding tahun lepas..wehehehe

4 comments:

semuasatulutut said...

comelnya apam polka dot tu. hihi.

NMH said...

hihi terima kasih..=p

NooR hEkmAt HasHiM said...

xdan nok merasai kesedapan apam itu.. spegetti sangat la mabbelesss..

NMH said...

hehe nanti buat pulak la kalau ade semangat yang tinggi. =p

more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...