Saturday, March 23, 2013

hala tuju lepas SPM

tengah2 malam tetibe rasa nak menaip, dah lama sangat dah tak jenguk blog ni sebab busy dengan macam2 program -kononnya lah- . since result SPM baru je keluar, terdetik pulak kat hati kecik ni nak tulis pasal kehidupan lepas SPM. sambil kira2 dengan jari dah 5 tahun kot NMH tinggal alam sekolah.ohoi! rasa cam baru semalam ja melepak dekat taman ulat kat emaresem PC dulu petang2 bila nak SPM. sampai ke hari ni tak tahu awat kasi name taman ulat maybe banyak ulat or banyak ulat buku? entahlah.. rindu pulak zaman dok MRSM, bile entah nak melawat PC, clasmate sume dok over da sea ramai aih. terkontang kanting NMH dengan beberapa orang je kat sini.

alrite, actually just nak kasi cam jalan2 yang boleh nak redah lepas SPM sebenarnya bukan nak cerita pasal study kat mana2 ke hape ke. lupa pulak nak cakap congrates kepada calon2 SPM yang berjaya dapat result cemerlang, calon yang berjaya habeskan SPM pon tahniah, tak kira result korang camane pon perjalanan masih jauh lagi. secara kasarnya ade 4 cabang yang main which are matriks, asasi, diploma, and stpm. yang pasal fast track MRSM, pasal pergi oversea jpa NMH tak sentuh lagi ok. just for inside Malaysia. for sure ramai yang dok berebut nak masuk matriks and asasi. kan? sebab matriks just 1 year unless program for 2 years aite, then dapat sambung degree same dengan asasi. actually semua tu depends on urself either nak berlari, berjalan or just merangkak nak capai cita2 masing2. once dah ada cita2 pape pon boleh dapat In Shaa Allah tapi dengan usaha dan tawakal lah, doa jangan lupa.





kali ni pasal matriks dulu, tapi NMH tak berani nak komen panjang lebar pasal matrikulasi sebab NMH bukan masuk matriks pon dulu cuma hampir nak masuk je. kekeke.. ramai yang cakap matriks susah la camni la camtula tapi bagi NMH rasanya sume tempat susah kalau rasa susah sebab ramai je kawan2 NMH yang dok USM tuh ex matriks. so its depend on urself how to manage ur time and study. NMH tak tahu kot sistem matriks dah bertukar tapi ni yang time zaman 2009 ada fizikal dan hayat. cuma ada subjek tambahan macam english untuk muet, dinamika kemahiran yang untuk colour baju dengan tudung kena same. tapi sebenarnya untuk subjek english sangat2 beruntung sebab dapat pendedahan untuk muet kalau nak compare dengan budak2 asasi macam NMH dulu. pastu pulak bila dah masuk hayat tak payah belaja fizik dah tak macam asasi. sebenarnya matriks banyak kelebihan la.. tapi katela kalau nak ambek medic, kalau korang ambik fizikal pon still ada chances kalau pointer korang gempak sebab ada gak dak2 USM yang dak fizikal terlepas masuk medic..kekeke. cuma uni lepas keluar matriks je tak konpem tapi ape de hal kalau pointer gempak, mintak la ape pon, takde orang nak tolak. ni serba sedikit yang NMH tahu la. correct me if im salah. - speaking ke longkang, sedih cikgu bi titew-

then ni nak bercakap pasal asasi, banyak jugak kelebihan die.. yang NMH tahu asasi sains UITM la.. ni based on pengalaman, yang pasti nama dah sains dapatla pakej fizik dengan biologi.. kaw2 punya 4 core subjek math, chemistry, biology and physics tapi ni zaman 2009 la kan just 3 subjek yang paling tinggi die masukkan lam pointer. pastu kehidupan kat asasi memang macam dah masuk degree lah! kelas takdela pack gile, free je naik rapid KL pergi seksyen 2 makan abc fredo, makan ke minum ek? haha sebab zaman tu last kami asasi dekat seksyen 2 then sekarang ni dah dekat Puncak Alam kan PALAM kan? macam2 tul bagi nama. pastu tak payah pening2 nak struggle tuk subjek lain nak masuk lam pointer just 3 subjek je pon. pastu bila time muet pandai2 la belaja sendiri. kalau speaking cair macam mat salleh ape nak kesah der! asasi sains ni lepas tu korang nak ambek ape pon boleh, engineering pon boleh. takde orang kisah dah cume pandai2 la curik pointer kasi tinggi. other than asasi sains kat UITM banyak je asasi lain macam law, engineering, tapi nak cakap konpem dapat UITM jugak untuk degree tu tak berani jamin lah tengok macam NMH tak melekat kat UITM pon. tapi at least UITM akan jaga anak2 asasi die dapatkan course dalam UITM jugak samada yang disukai ataupun tidak. yang penting nya pointer asasi kena gempak. 

kalau asasi universiti lain cam contoh UIA memang konpem2 korang akan sambung degree dekat UIA and program asasi UIA 2 tahun tak macam asasi lain.. kalau asasi kat UM pon rasanya lebih kurang dengan UITM je.. yang tu jela mampu nak cerita sikit sebanyak.

diploma banyak pilihan korang boleh buat.. then STPM is a good choice also.. sebab kan yes ade kawan NMH yang sangat cemerlang STPM after SPM die yang suam2 kuku. 

so, conclusionnya, result SPM ok go on, result tak berapa ok still go on, sebab yang menentukan masa depan lagi is result time matriks, asasi, diploma, or STPM! nak ingatkan lagi.. dapatkan result yang gempak lepas SPM pon hehe. nanti ade masa NMH cerita jalan nak ambik medic. in Shaa Allah. so anything happen its depend on u!






No comments:

more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...