Saturday, December 13, 2014

pengalaman posting 'killer'

Assalamualaikum,
pejam celik dah nak habis tahun 2014 kan and yet many things happen around tapi tak berapa nak sempat nak menaip. bukan langsung takde masa but bila ada masa i wish to rest, nap and sleep. hehehe.. itu yang baby fat makin bertambah layernya pon! orang kata clinical years nanti kuruslah sebab kejar sana kejar sini, teori tu tak boleh pakai dekat kite lah. uhuk! sebab kite ni kalau stress perasaan nak makan banyak tu membuak2. so i know my stress level bila asyik lapar je. 

but the main thing nak cakap actually kite rasa macam miracle sangat- sangat last wednesday after result end of posting for obstetric and gynaecology (o&g) sebab kite macam tak percaya kite boleh survive for 6 weeks and lulus exam tu, Alhamdulillah. tapi still rasa macam tak percaya dengan diri sendiri sebab dalam 9 posting tu, posting o&g kite paling takut, dengan log book yang macam- macam nak kena isi walaupun nipis je. lagi pulak selalu dengar orang cakap posting paling 'killer' and everyone tends to marah kite. tapi sebenarnya benda kite paling takut dalam posting tu bila dalam logbook tu nak suruh kite conduct 5 delivery baby and oncall 24 hours and 12 hours baq hang!... OMG! OMG!

time 3rd year kite macam pernah masuk labour room tapi kan masuk labour room ni nak kena ade inner spirit. tapi... bagi orang penakut macam kite lah kan. hehehehe sebab kan bau liquor , bau darah memang everywhere. so time 3rd year kite macam konon nak acah- acah tengok orang bersalin but i cant control myself penakut habis nak masuk tengok. walawei masuk clinical  years wajib sambut 5 baby ni lagi mahu pengsan. tapi benda tu memang nak kena hadap jugak nak jadi doktor mane boleh jadi penakut. for the first time, kite oncall 12 jam from 7pm to 7am and first time kite observe proses bersalin, serius kite cakap hati kecik meronta- ronta rasa tersentuh sangat! bila baby keluar je and crying, masa tu air mata pon rasa nak jatuh, biasalah first time tengok kan. and time tu memang buat kite realise buatlah baik dekat mak kite, banyak sangat-sangat pengorbanan para ibu- ibu sekalian. so as a child, tolong hargai para ibu anda ye. sekian nasihat dari kite. hehe.

so lepas observe 2 , 3 proses bersalin, kite macam rasa macam confident sikit nak conduct tapi ada la HO yang bertugas tolong bagi tunjuk ajar and it was amazing sebab kite tolong baby tu keluar, kite orang pertama yang pegang baby tu. hihi semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah ye! kalau nak cerita the whole process bersalin, kite memang tak mampu nak describe. maybe bagi yang pernah ada dalam labour room and especially husband yang teman wife je paham kot! 

actually banyak sangat benda yang kite belajar sepanjang posting and oncall tu tapi yang paling kite tak boleh lupe hari pertama kite oncall tu la. malam tu memang banyak sangat yang nak bersalin and rasa macam nak tercabut lah jugak kaki size 4 nih.hahahah. staf pulak macam tak cukup tangan lah masa tu.dalam labour room tu ade a few bilik lagi yang memang khas 1 bilik, 1 patient since husband pon boleh teman wife so bagi privasi sikit. masa tu dah memang lewat malam and kami oncall 4 orang and time tu tengah tolong bagi semangat dekat sorang mom yang tengah bertarung nak bersalin. itu keje kami jugak time oncall ye, bagi semangat untuk mommy- mommy supaya tak lemah semangat time bersalin. eheh. and patient tu pon masa tu macam dah lama meneran and midwife ask one of us (my friend) untuk panggil doktor lain sebab nak mudahkan proses bersalin tu. and kawan kite pon keluar nak panggil other doktor yang dekat registration counter, kite pon macam taktau nak buat apa, so kite merayap keluar dari bilik tu sambil peek a boo bilik2 lain. mane tau kot2 ada yang tengah sakit perut sangat tapi takde orang yang monitor, and bila lalu dekat 1 bilik tu, kite nampak weird sangat2 dengan patient tu, nampak macam she's fitting atau bahasa kelate nyetok and bahasa bm adalah sawan. but i was not really sure and i ask my friend to confirm kan. and yes betul patient tu fitting! so apalagi bagitahu doktor and in a few seconds je berdesup semua staf lari ke bilik patient tu. sampaikan patient yang tengah nak beranak tu pon tinggal dekat kami yang student ni. masa tu kan macam dalam drama ER couple je semua pakat lari ke bilik yang tengah emergency tu. pheeww..
bila dah semua kalut, call specialist and the patient kena terus cepatkan proses bersalin guna instrumental sebab memang bagi high risk dekat baby bila mom fitting. Alhamdulillah, both mom and baby selamat. 

so kite pon rasa nak cakap sikit la kan, haritu kite macam terbaca orang yang condemn pasal doktor lelaki yang sambut baby diorang, memang keluar semua fatwa bagai nak doktor perempuan je! hmmppphh kite nak cakap sikit lah kan, bile jadi situasi macam tadi yang kite cerita tu. and masa tu doktor lelaki je ada, so macam mana? and sekarang ni tak ramai doktor and tak ramai staff , so macam mana? katanya nanti doktor lelaki atau student lelaki tu attractive dengan wife die time bersalin, oh no! masa bersalin tu macam2 jadi and u dont even imagine pon. so suami2 temankan isteri bila bersalin, be there and try rasa macam mana kat dalam bilik tu, baru boleh cakap. oh, bukan nak cari pasal, kite kasi pendapat kite je. hehehe

tapi banyak je lagi pengalaman sepanjang posting and oncall kat situ, yelah bila HO mintak oxygen, pegi bagi benda lain, yelah dah tengah malam otak pon pikir katil come to me je. uhuk! lepas habis posting ni kite rasa lah lepas macam kestressan yang amat dalam kepala tapi sebenarnya every moment tu enjoyable kalau pikir balik.heheheeh.ok, nanti ada masa kite cerita lagi. actually posting before ni pun seronok sebab posting psychiatric but kite macam tak sempat nak cerita lagi. esok nak kena ke HRPZ untuk posting paediatrics. hehe semoga semuanya dipermudahkan. semoga ururan readers juga dipermudahkan, InshaAllah



Saturday, July 19, 2014

MH17

a tragic day for a tragic year. 17.07.14. semoga diberi kekuatan dan ketabahan kepada keluarga mangsa. justice for MH17. Al-Fatihah

Monday, July 14, 2014

kisah menyepi

assalamualaikum salam ramadhan,
lama sangat tak berblog.. lama sangat tak boleh nak post entri, rasa nak menangis sambil hentak2 kaki dengan pak cik gmail. kenapa menganaktirikan emailku yang tak fames nih.sampai hati dia kata email kite ni takde blog lagi..tsk..tsk.. puas godek acano nak bukak dashboard blog yang dah setahun lebih tak terusik..tengok blog ade je lagi, nak kata kena hack elok terletak je blog NMH. hampir berputus asa dah nak selamatkan blog ni.ingat nak carik sesapa yang boleh hack delete je blog ni. sekali since cuti 3 bulan yang perlu dipenuhkan dengan aktiviti sendiri..NMH teruskan aktiviti menggodek blog..hahah taraaa boleh post dah!sekali ghopenye salah email. pulun kemain pikir apa salah google, salah diri sendiri tak mau pikir tuh. tu la akibatnye buat 2 email dengan google.heheh. since cuti lame dan lame tak berblog banyak cerita nak post rasanya! last post mase tu NMH second year dekat USM, sekarang ni dah cuti nak masuk 4th year.. lahai lame tuh.

: : pengajaran: tulah salah orang je kita nampak salah diri sendiri tak nak mengaku.

Saturday, March 23, 2013

hala tuju lepas SPM

tengah2 malam tetibe rasa nak menaip, dah lama sangat dah tak jenguk blog ni sebab busy dengan macam2 program -kononnya lah- . since result SPM baru je keluar, terdetik pulak kat hati kecik ni nak tulis pasal kehidupan lepas SPM. sambil kira2 dengan jari dah 5 tahun kot NMH tinggal alam sekolah.ohoi! rasa cam baru semalam ja melepak dekat taman ulat kat emaresem PC dulu petang2 bila nak SPM. sampai ke hari ni tak tahu awat kasi name taman ulat maybe banyak ulat or banyak ulat buku? entahlah.. rindu pulak zaman dok MRSM, bile entah nak melawat PC, clasmate sume dok over da sea ramai aih. terkontang kanting NMH dengan beberapa orang je kat sini.

alrite, actually just nak kasi cam jalan2 yang boleh nak redah lepas SPM sebenarnya bukan nak cerita pasal study kat mana2 ke hape ke. lupa pulak nak cakap congrates kepada calon2 SPM yang berjaya dapat result cemerlang, calon yang berjaya habeskan SPM pon tahniah, tak kira result korang camane pon perjalanan masih jauh lagi. secara kasarnya ade 4 cabang yang main which are matriks, asasi, diploma, and stpm. yang pasal fast track MRSM, pasal pergi oversea jpa NMH tak sentuh lagi ok. just for inside Malaysia. for sure ramai yang dok berebut nak masuk matriks and asasi. kan? sebab matriks just 1 year unless program for 2 years aite, then dapat sambung degree same dengan asasi. actually semua tu depends on urself either nak berlari, berjalan or just merangkak nak capai cita2 masing2. once dah ada cita2 pape pon boleh dapat In Shaa Allah tapi dengan usaha dan tawakal lah, doa jangan lupa.





kali ni pasal matriks dulu, tapi NMH tak berani nak komen panjang lebar pasal matrikulasi sebab NMH bukan masuk matriks pon dulu cuma hampir nak masuk je. kekeke.. ramai yang cakap matriks susah la camni la camtula tapi bagi NMH rasanya sume tempat susah kalau rasa susah sebab ramai je kawan2 NMH yang dok USM tuh ex matriks. so its depend on urself how to manage ur time and study. NMH tak tahu kot sistem matriks dah bertukar tapi ni yang time zaman 2009 ada fizikal dan hayat. cuma ada subjek tambahan macam english untuk muet, dinamika kemahiran yang untuk colour baju dengan tudung kena same. tapi sebenarnya untuk subjek english sangat2 beruntung sebab dapat pendedahan untuk muet kalau nak compare dengan budak2 asasi macam NMH dulu. pastu pulak bila dah masuk hayat tak payah belaja fizik dah tak macam asasi. sebenarnya matriks banyak kelebihan la.. tapi katela kalau nak ambek medic, kalau korang ambik fizikal pon still ada chances kalau pointer korang gempak sebab ada gak dak2 USM yang dak fizikal terlepas masuk medic..kekeke. cuma uni lepas keluar matriks je tak konpem tapi ape de hal kalau pointer gempak, mintak la ape pon, takde orang nak tolak. ni serba sedikit yang NMH tahu la. correct me if im salah. - speaking ke longkang, sedih cikgu bi titew-

then ni nak bercakap pasal asasi, banyak jugak kelebihan die.. yang NMH tahu asasi sains UITM la.. ni based on pengalaman, yang pasti nama dah sains dapatla pakej fizik dengan biologi.. kaw2 punya 4 core subjek math, chemistry, biology and physics tapi ni zaman 2009 la kan just 3 subjek yang paling tinggi die masukkan lam pointer. pastu kehidupan kat asasi memang macam dah masuk degree lah! kelas takdela pack gile, free je naik rapid KL pergi seksyen 2 makan abc fredo, makan ke minum ek? haha sebab zaman tu last kami asasi dekat seksyen 2 then sekarang ni dah dekat Puncak Alam kan PALAM kan? macam2 tul bagi nama. pastu tak payah pening2 nak struggle tuk subjek lain nak masuk lam pointer just 3 subjek je pon. pastu bila time muet pandai2 la belaja sendiri. kalau speaking cair macam mat salleh ape nak kesah der! asasi sains ni lepas tu korang nak ambek ape pon boleh, engineering pon boleh. takde orang kisah dah cume pandai2 la curik pointer kasi tinggi. other than asasi sains kat UITM banyak je asasi lain macam law, engineering, tapi nak cakap konpem dapat UITM jugak untuk degree tu tak berani jamin lah tengok macam NMH tak melekat kat UITM pon. tapi at least UITM akan jaga anak2 asasi die dapatkan course dalam UITM jugak samada yang disukai ataupun tidak. yang penting nya pointer asasi kena gempak. 

kalau asasi universiti lain cam contoh UIA memang konpem2 korang akan sambung degree dekat UIA and program asasi UIA 2 tahun tak macam asasi lain.. kalau asasi kat UM pon rasanya lebih kurang dengan UITM je.. yang tu jela mampu nak cerita sikit sebanyak.

diploma banyak pilihan korang boleh buat.. then STPM is a good choice also.. sebab kan yes ade kawan NMH yang sangat cemerlang STPM after SPM die yang suam2 kuku. 

so, conclusionnya, result SPM ok go on, result tak berapa ok still go on, sebab yang menentukan masa depan lagi is result time matriks, asasi, diploma, or STPM! nak ingatkan lagi.. dapatkan result yang gempak lepas SPM pon hehe. nanti ade masa NMH cerita jalan nak ambik medic. in Shaa Allah. so anything happen its depend on u!






Wednesday, January 2, 2013

padah tak makan

masih dalam mood new year kan..baru 2hb, still tak boleh terima kenyataan umur dah 22! ohoi. tapi perangai tak macam 22, physically and mentally not 22 yet! eheh. tapi al-kisah 1/1/2013 semalam rasa macam bes je bangun pepagi, new beginning, macam bakalan have a very nice day sebab NMH tak pergi kuliah yang awal and guess what. kelas tu cancel. kira satu naseb yang amat2 baik. pastu pergi second lecture, then pbl jadik chairperson. bebel punye bebel dalam pbl pasal penyakit peptic ulcer. pastu tengahari cam takde mood nak makan lagi sebab petang ade clinical teaching. so tangguh jela brunch sampai ke petang, usually memang tu yang NMH buat, tengah hari just jamah biskut mampu bertahan sampai malam. 

then pergilah clinical teaching. walawei disebabkan 2 kes. punyalah 2 jam berdiri tanpa henti, tapi nasib baik 2 kes yang best. satu pengalaman baru yang NMH dapat, ada orang2 yang sangat tegar smoking sampaikan dah strok still nak smoking. tapi sangat2 harap, plis stop smoking habit or even dont start that habit people. 

NMH punya masalah kaki yang kecik, biasalah tu kalau lenguh tapi disebabkan tak makan dengan proper, lapar yang amat menjengah perut. pastu balik je hostel skodeng cafe ingat nak beli beger ayam special, dah nampak benda tu je dari wad, sekali belambak pulak laki2 yang ada kat situ. langsung takde pompuan. cancel nafsu makan beger, teros naik atas tidur sekejap sebab penat yang amat.





then kawan ajak makan malam, punyalah laju NMH bersiap sebab dah penat plus lapo kedarah nih! haha pastu cam tunggu kejap baring2 sekali bila bangun seriusly rasa berat kepala and rasa nak muntah membuak2. tapi kes lame dah tak muntah and i hate vomiting sebab akan rasa nak my mum kat tepi. lastly cancel la keluar.just pesan je kat kawan walaupun time tu dah langsung hilang nafsu makan. saliva mula keluar macam banyak je, then... blueek! akhirnya vomit tapi just keluar air. totally air.. banyaklah jugak. time tu jugak rasa nak balik! tak suka muntah.. serius tak suka. heh. bertapa dalam toilet muntah dengan perut memang rasa retching then lega. tapi mood nak makan memang hilang. so end up dengan tidur je. pengajarannya, lepas ni memang kene bedal je makanan ikut time kalau tak akan jadi lemah longlai macam semalam. 



Monday, December 31, 2012

horas Medan II !

rentetan kebusyan baru balik Putrajaya teros masuk USM, dengan tidur tak cukup teros pegi kelas pagi semalam. so bersempena dengan hujan lebat harini, aktiviti dipenuhi dengan tidur! haha. dengan bilik yang dah macam gua sebab malas bukak lampu, dengan tahap kelaparan yang memuncak,mampu minum air kotak je sebab malas nak keluar. haih.. tak produktif langsung. 

so nak sambung cerita haritu, lepas je kami sampai ke Bandar Medan, mestilah kami kena isi perut dulu sebab tak sempat lunch lagi dekat Malaysia..kekeke. Ramli tu kata perjalanan lepas ni akan ambik masa lebih kurang 5 jam untuk ke Lake Toba, gosh! mahu berpinar bijik mata kalau tak makan, ingat dapat teros masuk hotel aih! pastu sampai lah ke restoran ayam pop. yang NMH pikir mesti ayam die macam popcorn chicken kfc tu, tapi ghopenye ayam pop tu ayam goreng berempah, adik beradik ayam penyet gittew. banyak lauk yang ade tapi sebab gelojoh lapar, tak sempat nak snap gambar lauk2. hehe. tetibe terus jumpa benda pelik. kat sana takde sinki nak basuh tangan tapi diorang letak air basuh tangan dalam mangkuk kecik setiap orang, then celup tangan dalam tu jah! hmm rasa tak bersih aih kalau makan benda berminyak.huhu

abaikan muka yang penat.. -.-'
kat luar kedai tu dah start ada yang jual2 souvenir cam t-shirt medan, keychain segala bagai maybe sebab dorang dah tahu memang tourist akan datang makan kat situ kan.  pandi mereka! yang agak tak leh blah siap ada yang datang cakap kelantan dengan kitorang, katanya dulu duduk kat kelate.. haih memang peka betul dorang ni dengan persekitaran.haha. 

then bermulalah perjalanan yang lebih kurang 5 jam, sebenarnya bukan sebab jarak tempat tu terlalu jauh tapi sebenarnya faktor jalan raya dorang yang memang sempit, just ada satu laluan, bukan highway cam kita, pastu pulak kereta punyalah banyak, bayangkan perjalanan tu tak pernah smooth takde kereta. tapi dorang ni memang cekap lagi mahir driving aih, sempat lagi memotong padahal kereta datang dari depan tak pernah surut tapi accident takde pon! kagum betol. sepanjang perjalanan tuh ada la tengok bentuk rumah dorang ni yang nampak kecik je, berpikir jugak muat ke dorang ni nak duduk ramai2. pemandangan kat sana lebih kurang sini je cuma ada la benda2 baru yang kita tak penah nampak kat sini ada kat sana. 

actually nak singgah dekat satu tempat ni nama die tengteng, tempat jual2 makanan ringan macam kacang tumbuk bagai, sekali sebab dah malam and hari ahad kedai tu dah tutup. takpelah tak rezeki kan. sekali sampai satu kampung ni, hujan start lebat, pastu air mula naik. ingatkan dapat sampai awal la jugak ke hotel tapi terstuck pulak dalam banjir kilat kat Medan. 

akhirnya dalam pukul 9 malam sampai ke Parapat, kampung area Lake Toba. kat sini memang terkenal dengan orang2 batak sebab majoriti orang batak yang tinggal kat sini. bila dengar orang batak teringat kisah dulu2 kan.hehe. so sampai2 je terus kene sumbat dengan dinner dulu sebelum check in hotel. disebabkan hujan malam tu memang bedal je makanan yang ada sebab lapar..hehe. so esoknya kami akan ke pulau2 yang ada dekat Lake Toba! hee nanti sambung lagi, lapar sudah!

cerita yang sebelum ni : horas medan I

Thursday, December 27, 2012

horas medan I !

disebabkan kelapangan masa yang banyak -kononnya-, rasa macam nak share pengalaman travel kat medan bulan september harituh wif famili. banyak yang NMH nampak benda2 baru kat sana!

actually awal2 NMH taknak ikut, parents je yang pegi, tapi disebabkan curious yang melampau pasal Medan, datang kerajinan dalam diri NMH pegi gugel menggugel pasal Medan, banyak response yang dapat dan kebanyakannya kata Medan ni scary, penjual main paksa memaksa, marah bagai lastly tahu Danau Toba tu kat Medan! punyalah lampi dalam geografi NMH selalu dengar pasal Danau Toba tapi tak tahu location kat mana dekat Indonesia tuh. teros paksa abang NMH bookkan tiket sebab nak ikut jugak! tiket tu sesorang cumanya flite same tapi dapat hot seat! hot seat kau duduk kat seat paling depan. nak tidoq sambil korek hidung pon tak boleh sebab ade abam2 steward enthem dengan ahkak2 stewardess yang syanteq melilau kat depan tu haaa. akak siap pesan suruh kenyit mata dekat pilot sebab dapat hot seat, tapi NMH tengok dah title bapak orang, cancel plan! keke.-kidding-

so on 9 september pukul 1.40 tengah hari kami2 bertolak dari lcct ke airport polonia, medan. takes about 1 hour cenggitu. kalau ikutkan duduk tak sempat panas bontot pon. disebabkan hot seat NMH sesekoq dok kat depan tu, NMH just mampu melilau tengok depan, kiri dan kanan. dok balas2 senyum dengan sorang passenger tu, student kot nampak muda lagi cantek yang pasti perempuan lah kan. belek2 menu yang ada, tapi memang tak menepati citarasa.

selepas dilanda kebosanan taktahu nak buat ape, sampailah ke destinasi yang dituju! hihu tapi airport kat sana takla macam airport kite gittew. siap operasi mengecop semua keluar je dekat pintu airport tuh teros nampak ada orang pegang paper nama Mr. Hashim, nama ayah NMH lattew. actually orang tu driver yang akan bawak kami ke Danau Toba. nama dia Ramli dan disebabkan kami satu famili je yang sampai time tu so dapatla kami ke Danau Toba dengan innova! then nanti lah sambung nak makan dulu.hihii


ni bukan hotel kami tinggal, sesaje ambik gamba. lol

airport medan. ihsan gugel sebab gambar yang ada hanya kami bersama flite.haha








more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...